Tuesday, August 25, 2009

Ratib Al-Attas & Solat Hajat

Hari : Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2009
Jam : 2.45 Petang
Tempat : Bilik Ibadat Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin berserta Isteri berkesempatan berkunjung ke Sekolah Ugama Sg.Taring & Sekolah Arab Belait bagi sama-sama membaca Ratib Al-Attas

Majlis di hari tersebut dimulakan dengan Solat Hajat berjemaah dan bacaan Doa tolak bala bagi memohon dihindari daripada segala bala bencana yang menimpa dunia ketika ini khususnya wabak H1N1

Setelah selesai menunaikan Solat Hajat berjemaah majlis diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai


Turut hadir para pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama & Jabatan Pengajian Islam


Turut serta memeriahkan majlis di hari tersebut adalah Guru2 Ugama & Guru2 SAB

Turut hadir ialah ketua2 unit daripada Jabatan Pengajian Islam

Putera2 & Puteri2 SAB tidak ketinggalan bagi sama2 menyertai perkara yang berkebajikan ini


Semoga kita akan terhindari daripada segala bala bencana, Amin.................

No comments: