Friday, July 10, 2009

Persekolahan Penggal Ke-3

Hari : Isnin
Tarikh : 06.07.2009
Tempat : Surau SAB
Jam : 8.00 Pagi
Telah berlangsung majlis membaca Surah Yaasin & bacaan Doa menghindari daripada wabak penyakit H1N1 sempena memulakan Penggal Persekolahan Ke-3

Para Guru SAB membuat pemeriksaan suhu badan ke atas para Guru & penuntut2 yang baru sahaja hadir ke sekolah. Dan aktiviti ini akan dijalankan pada setiap hari persekolahan bagi memastikan semua guru dan penuntut berada di dalam keadaan sihat dan bebas daripada simptom penyakit H1N1

Memandangkan penyakit H1N1 mudah merebak maka sebilangan guru & penuntut mengambil langkah dan inisiatif masing2 iaitu menggunakan (MASK) penutup mulut sebagai langkah berwaspada


Bacaan Surah Yaasin & bacaan Doa di hari tersebut diketuai oleh
Ustaz Hayrol Irwandy.
Ustazah Rohani ( GB SAB ) mengambil kesempatan memberikan sedikit saranan dan nasihat kepada guru2 & penuntut2 yang berhubung dengan penyakit H1N1

Dinasihatkan kepada Ibubapa & penjaga penuntut, jika anak biskita menghadapi demam panas sila ambil langkah berikut :-
1. Jangan hantar anak biskita untuk bersekolah
2. Pergi ke klinik atau ke Hospital berdekatan
3. hubungi & maklumkan kepada pihak sekolah
BERWASPADA TERHADAP PENYAKIT H1N1