Friday, March 20, 2009

Ujian Penggal Pertama

Rabu 11 hingga 18 Mac 2009, bertempat di dewan besar SAB telah berlangsung Ujian Penggal Pertama bagi penuntut Tahun 5 & 6

Habree sempat semyum.......Inda takut dengan soalan yang bakal diberikan nanti Habree........?

Ustazah Rosmahwati memastikan para penuntut tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan semasa ujian dijalankan


Adibah... dah siap ke?? Semak balik jawapan tu...jangan buang masa
Ustaz Roselyzan memberikan arah kepada para penuntut
Melalui Ujian ini akan dapat menilai tahap kefahaman para penuntut disepanjang pembelajaran mereka dan khususnya penuntut Tahun 5 yang belum diketahui potensi serta prestasi akademik mereka setelah memasuki SAB

Wednesday, March 11, 2009

Yaasin & Tahlil

Selasa 10 Mac 2009, Jam 7.45 pagi : bertempat di Bilik Ibadat SAB, sebagai persiapan bagi menghadapi Ujian Penggal Pertama yang akan bermula pada 11 hingga 18 Mac SAB mengadakan aktiviti rutinnya iaitu membaca Surah Yaasin berserta Tahlil semoga para penuntut akan dapat mengulangkaji dan memahami isi pelajaran dengan baik serta memperolehi kejayaan yang diharapkan
Membaca Surah Yaasin atau kalimah2 Allah dapat membersihkan dan menyucikan hati setiap insan yang membacanya
Memohon keredaan daripada Pencipta Sekalian Alam (Allah) semoga beroleh kejayaan setelah berusaha dengan tekun
Para Guru pun turut sama mengAminkan agar anak didik mereka berjaya di dalam pembelajaran mereka
Aktiviti di pagi tersebut diteruskan dengan Taklimat Peraturan di dalam Ujian atau Peperiksaan yang telah disampaikan oleh Guru Kanan Akademik & Selaku Pemangku GB iaitu Teacher Dk.Hjh.Masniah binti Pg.HUssin
Ah......dengar betul2.. jangan sampai ada yang masih tidak faham peraturan semasa ujian dijalankan
Kepada semua penuntut2 SABdiharap akan dapat berusaha bersungguh & Semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang, Aminn...............

Monday, March 9, 2009

English Project

Sabtu 07 Mac 2009 : SAB telah mengisi aktiviti ECA dengan projek Bahasa Inggeris yang berbentuk (Presentation) para penuntut Tahun 6 yang bertempat di bilik ICT.
Guru Bahasa Inggeris (Teacher MAsniah) memberikan sedikit penerangan mengenai sudut pemarkahan kepada para penuntut sebelum memulakan presentation mereka.

Aktiviti tersebut juga disaksikan oleh penuntut2 Tahun 5 yang juga menarik minat mereka memandangkan ini adalah kali pertama projek seperti ini dilaksanakan

Presentation mereka bertajuk (How 2 keep your teeth healthy)
Presentation ini telah dibuat oleh para penuntut sendiri hasil daripada kesepakatan di dalam kerja berkumpulan
Walaupun presentation ini telah dibuat oleh mereka tetapi bagi memudahkan mereka (Clip Art) telahpun disediakan oleh TEacher Masniah dan tertakluk kepada mereka untuk menghasilkan kreativiti mereka di dalam menggunakannya
Setiap kumpulan sedang beraksi dengan rakan2 mereka
Sebahagian Guru yang dilantik menjadi hakim sedang sibuk mengira markah. Keputusan akan dimaklumkan pada minggu depan.....suspen.....
Disamping itu juga para hakim memberikan sedikit teguran mengenai presentation mereka.
(Ustaz Hainney) menyentuh mengenai Text, Sound Effect & Design
dan (Sir Isfardi) menyentuh mengenai keberanian, keyakinan mereka di dalam menyampaikan presentation dan komunikasi dengan audience
Walaupun presentation ini masih banyak kekurangan tapi ianya diharap akan dapat membuka jalan kepada penuntut2 yang lain bagaimana cara yang terbaik untuk mencapai presentation yang terbaik dan kaedah2 serta design yang sepatutnya

Friday, March 6, 2009

Pertandingan Syarahan Tafsir Al-Quran

Sabtu 28 Februari & 02 Mac 2009 : telah berlangsung pertandingan Syarahan Tafsir Al-Quran yang bertempat di Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut.
Di dalam pertandingan itu SAB menghantar 2 orang wakil iaitu Mohammad Azizul Ezzaddin bin Julime & Nurhafizah binti Sutiran yang pada masa ini menuntut dalam Tahun 6.

Mohammad Azizul Ezzaddin bin Julime & Nurhafizah binti Sutiran sedang menunggu giliran sebelum beraksi

Penuntut2 sekolah ugama tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aksi rakan2 mereka
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut Yang Mulia Abd.Rahman bin Hashim, Ketua Kampong Lumut II, Mukim Liang Lumut.

Turut hadir menyaksikan pertandingan para Pegawai2 Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait & guru2 ugama yang berkhidmat di daerah ini

Ustaz Roselyzan & Teacher Masniah memerhati persembahan peserta SAB

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para Hakim pertandingan
Tahniah diucapkan kepada Mohammad Azizul Ezzaddin bin Julime & Nurhafizah binti Sutiran, kerana telah dipilih mewakili SAB walaupun tidak dapat melayakkan diri kepusingan seterusnya, sekurang2nya melalui pertandingan ini akan memberikan mereka pengalaman yang berharga sebagai panduan mereka dimasa2 akan datang.

Para peserta diberikan Sijil penyertaan oleh Tetamu Kehormat Majlis

Bergambar bersama Mentor yang bertungkus-lumus melatih mereka. Anyway cuba lagi dimasa2 akan datang......

Sunday, March 1, 2009

Majlis Jasamu dikenang & Perpisahan

Jumaat 27.02.09, jam 2.30 petang telah berlangsung Majlis mengenang jasa dan perpisahan bagi Ustazah Hjh.Kasmah binti Siput (Mantan Pengarah Jabatan Pengajian Islam) yang bertempat di Kelab Rekreasi Liang Lumut

Antara jemputan yang hadir adalah Pengarah Pengajian Islam (Ustaz Hj.Ismail bin Hj.Manaf), pegawai2 pengajian Islam Daerah Belait, BSB, pegawai2 dan guru ugama yang berkhidmat di daerah Belait
Penasihat Majlis : Yang Mulia Haji Ali bin Lani (Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait)

Turut memeriahkan Majlis Timbalan Pengarah JPI, Ketua Unit Sekolah2 Arab, Unit Kurikulum serta Kenaziran JPI

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta doa selamat oleh Awg.Mohammad Aliomar bin Hj.Mohammad Yussof (Ketua Guru Ugama Hospital Suri Seri Begawan, KB).
Kemudian ucapan alu-aluan Penasihat Majlis Ustaz Awg.Hj.Ali bin Lani,
dan ucapan tetamu yang diraekan Ustazah Hjh.Kasmah binti Hj.Siput

Majlis tersebut juga diserikan dengan pemotongan kek ulangtahun tetamu yang diraekan yang kebetulan jatuh pada hari tersebut

Persembahan daripada pegawai2 & Guru2 ugama Daerah Belait

Guru2 SAB tidak mahu ketinggalan menghadiri Majlis tersebut. NIce smile teacher Masniah...
UStaz Hayrol memang susah kan senyum, tengoklah sendiri........

Aksi Guru2 SAB.....