Tuesday, August 25, 2009

Ratib Al-Attas & Solat Hajat

Hari : Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2009
Jam : 2.45 Petang
Tempat : Bilik Ibadat Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin berserta Isteri berkesempatan berkunjung ke Sekolah Ugama Sg.Taring & Sekolah Arab Belait bagi sama-sama membaca Ratib Al-Attas

Majlis di hari tersebut dimulakan dengan Solat Hajat berjemaah dan bacaan Doa tolak bala bagi memohon dihindari daripada segala bala bencana yang menimpa dunia ketika ini khususnya wabak H1N1

Setelah selesai menunaikan Solat Hajat berjemaah majlis diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai


Turut hadir para pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama & Jabatan Pengajian Islam


Turut serta memeriahkan majlis di hari tersebut adalah Guru2 Ugama & Guru2 SAB

Turut hadir ialah ketua2 unit daripada Jabatan Pengajian Islam

Putera2 & Puteri2 SAB tidak ketinggalan bagi sama2 menyertai perkara yang berkebajikan ini


Semoga kita akan terhindari daripada segala bala bencana, Amin.................

Sunday, August 16, 2009

Kuiz Hari Keputeraan 2009

Hari : Sabtu
Tarikh : 08.08.2009
Jam : 2.15 Petang
Tempat : Bilik ICT SAB
Penuntut2 tahun 5 berpeluang mengikuti aktiviti pertandingan Kuiz Hari Keputeraan bersempena dengan Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-63 tahun.
Aktiviti Kuiz ini dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar yang sebahagiannya berkisar tentang Sejarah Sultan Brunei, hari2 bersejarah & Pengetahuan Am bagi Negara Brunei Darussalam

Penyertaan di hari tersebut dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan yang mewakili kelas 5 Huda & 5 HusnaUstazah Rosmahwati & Norahati dilantik sebagai penjaga masa sepanjang aktiviti kuiz dijalankan
Ustaz Isfardi diamanahkan bagi mencatat markah setiap soalan dan keseluruhan di akhir setiap pusingan

Manakala Ustaz Hayrol pula dilantik sebagai pengacara di hari tersebut Sebahagian penuntut SAB yang turut memberi sokongan kepada rakan2 mereka
Di penghujung aktiviti ini para peserta diberikan hadiah galakan yang di sempurnakan oleh Ustazah Rohani (GB SAB )

Apa yang diharapkan melalui aktiviti kuiz ini akan dapat memupuk sifat setia kawan, bermuafakat & tolong menolong antara ahli pasukan dan dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah.
Dan sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Guru2 SAB yang terlibat sama di dalam menjayakan aktiviti di hari tersebut

Penyelarasan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Hari : Rabu
Tarikh : 05 Ogos 2009
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ICT SAB
Sekolah Arab Belait telah menjadi Tuan Rumah bagi penyelarasan kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 nanti bagi Tahun 5. Sebanyak 5 buah Sekolah Arab terlibat di dalam penyelarasan tersebut iaitu, Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Persediaan Arab Temburong, Sekolah Arab Jerudong, Sekolah Arab Belait & Mahad Islam Brunei
Dengan adanya kesepakatan di kalangan guru2 matapelajaran ini akan dapat membuahkan soalan yang berkualiti dan berpelbagai
Ustaz Rahimi (SAB) & Morsidi (SPAT) sedang membincangkan bentuk soalan bagi matapelajaran Al-Quran

Ustaz Hayrol pula sedang sibuk membentuk soalan bagi matapelajaran Bahasa Arab
Setelah selesai, tibalah masa untuk sembang2 sesama guru2 penyelaras sambil menikmati jamuan ringan. Maklumlah.... kadang2 baru saling mengenal antara satu dengan yang lain. Terima kasih juga kepada ibu Hafizah yang menaja kuih-muih di hari tersebut. Di lain hari sponsor lah lagi..

Ini pula Ustaz Ariffin dari (MIB) & Ustaz Roselyzan dari (SAB) yang mewakili bagi metepelajaran Khat

Dengan adanya pertemuan ini juga akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan guru Sekolah2 Arab di Negara ini

Sunday, August 9, 2009

Ratib Al-Attas

Hari : Isnin
Tarikh : 03 Ogos 2009
Jam : 9.20 pagi
Tempat : Surau SU Sg.Taring
Telah berlangsung Majlis membaca Ratib Al-Attas beramai-ramai sebagai salah satu inisiatif bagi menghindari penyakit H1N1 disamping menjadikannya sebagai amal ibadat dan santapan rohani.
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut Yang Mulia Hjh.Zasia binti Sirin, Pegawai Tugas-Tugas Kanan, Ketua Bahagian Dasar & Inspektorat, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

Turut hadir Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam yang terdiri daripada Unit Kenaziran, Unit Peperiksaan, Unit Sekolah2 Arab dan sebagainya

Sebahagian Guru2 Ugama yang sama2 memeriahkan Majlis di hari tersebut

Ini pula Ustazah Norahati & Rosmahwati yang terlibat sama di dalam menjayakan bacaan Ratib Al-Attas. Nanti dapat tah mengepalai membaca Ratib tu..........boleh??

Puteri2 SAB yang terdiri dari penuntut Tahun 5 & 6 tidak melepaskan peluang untuk menyertai perkara yang berkebajikan ini

Monday, August 3, 2009

Kempen H1N1

Hari : Rabu
Tarikh : 29 Julai 2009
Jam : 9.00 pagi

Guru2 SAB mengadakan kempen kebersihan di bahagian kawasan rumah pembuangan sampah bagi menyahut saranan Kementerian Kesihatan untuk mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran lebih2 lagi pada ketika ini isu wabak penyakit H1N1 sedang sangat hangat diperkatakan

Ustaz Roselyzan sedang membersihkan sampah sarap yang bersepah yang sepatutnya dibuang menggunakan beg sampah

Jumlah Guru SAB yang sedikit tidak melunturkan semangat gotong royong

Kempen di hari tersebut juga telah dijayakan bersama beberapa orang ahli daripada Jabatan Bomba & Penyelamat
Jabatan Bomba & Penyelamat menyumbangkan tenaga mereka dengan membersihkan kawasan longkang kantin dengan menggunakan kuasa pili bomba mereka, memang power habis........

Inilah hasil daripada kempen tersebut, longgokkan sampah yang telah diisi ke dalam beg sampah

Banyaknya........ Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya
So hasilnya, kawasan rumah pembuangan sampah dah pun bersih dan sejuk mata memandangnya.

SAB mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga yang diberikan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat.
Semoga kebersihan kawasan ini akan berterusan sampai bila2 dengan mendisiplinkan diri dengan membiasakan membuang sampah menggunakan beg sampah.

" KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN "

Sunday, August 2, 2009

Penyelarasan DI Temburong

Hari : Isnin
Tarikh : 27 Julai 2009
Jam : 7.35 Pagi

Guru2 dari 4 buah Sekolah Arab iaitu (Sekolah Arab Belait, Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Arab Jerudong & Mahad Islam Brunei ) berkunjung ke Sekolah Persediaan Arab Temburong bagi menyelaras kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun nanti. Ini adalah merupakan julung2 kalinya Sekolah Persediaan Arab Temburong menjadi Tuan Rumah yang akan memberikan pengalaman manis buat Guru2 yang mewakili sekolah masing2 kerana mereka kenalah meniki perahu menuju ke Temburong.

Guru2 sedang menunggu masa untuk berangkat

Ini adalah sebahagian pemandangan yang menarik di Kampong Air, iaitu sebuah Galeri kebudayaan

Sedang asyik2 menunggu tiba2 transport pun datang

Kami pun turun menaiki perahu yang telah disediakan bagi membawa Guru2 ke Daerah Temburong.

Ustaz Hayrol, 'Mengapa bepigang arah basi atu? takut gugurkah? he....he....

Buat Guru2 perempuan hati2 ya..... tegelincir karang.....

Setelah selesai membuat penyelarasan, on the way balik kami terserempak dengan seekor Buaya yang sedang santai2 bejamur berdekatan pohon nipah di Sungai Temburong. Kami pun cuba untuk menghampiri buaya tersebut, malangnya percubaan kami itu dapat dihidu & so apa lagi ia pun terjun cantik ke sungai. Jadi ani saja pic yang sampat kami snap masa atu.

Zoom in......boleh nampak? memang jelas bentuk badan buaya & ekornya yang masih kelihatan. Setelah ia terjun ke sungai kami pun segera meneruskan perjalanan pasal buaya atu usulya beranang menuju ke perahu kami, apa lagi.....cabutlah............. Apa yang memberikan pengalaman yang sangat manis kepada kami especially Guru2 SAB ialah bilang orang mauk laut sehingga hampir 2 hari barutah back to normal rasanya. He....he.... maklum sajalah, jarang naik perau.
Lastly, kami pun selamat sampai ke BSB semula dengan seribu pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2