Saturday, February 28, 2009

Pesta Buku 2009

Sabtu 28 Februari 2009, Jam 9.20 pagi : Seramai 52 orang penuntut & 6 orang guru mengunjungi Pesta Buku 2009 yang sedang berlangsung di Stadium Tertutup Berakas bersempena dengan hari Kebangsaan Negara Brunei yang ke-25 Tahun.
Guru2 SAB tidak melepaskan peluang yang berharga ini dengan mencari bahan yang dapat dijadikan ABM di dalam pengajaran masing2

Demikian juga halnya dengan penuntut lelaki yang sibuk melihat2 buku yang dipamerkan
Bazil, sedang menerima demonstrasi mengenai barangan sains daripada salah seorang jurujual.

Barangan yang dipamerkan termasuklah bahan digital audio/video & komputer
Walaupun sibuk melihat2 tapi masiih sempat meluangkan masa untuk bergambar
Antara yang menarik perhatian pengunjung ialah ipod perisian Al-Quran

Ini pula gelagat penuntut perempuan di pameran tersebut sehinggakan ada sebilangan mereka tidak perasan gambar mereka di ambil kerana terlalu seronok
Tengok apa tu??........
Ai..........keletihan nampak......
Apa benda yang menarik perhatian nuramanina tu?....... kena tanyalah sendiri...
Guru pengawas & penuntut2 bergambar ramai sebelum pulang ke sekolah
Ustazah Norahati & Rosmahwati sedang asyik melihat bahan pameran

Kesempatan ini harus diambil oleh semua peringkat individu memandangkan ianya hanya diadakan sekali sahaja dalam setahun.

Sunday, February 22, 2009

Majlis Penutup Bengkel Dikir Brunei

Khamis 19.02.2009, Jam 9.30 pagi : telah berlangsung penutup dan penyampaian sijil Bengkel Dikir Brunei bagi guru2 ugama lelaki seluruh negara kali ke-4 yang berlangsung di Masjid Mohammad Bolkiah Kg.Serusop

Inilah buku Dikir Brunei yang diberikan secara percuma kepada setiap ahli peserta bengkel

Sijil penyertaan telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berbahagia Awg Hj.Mohammad Mahdi Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj.Abd Rahman, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama

Salah satu Cenderamata kenangan yang telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Dikir Brunei iaitu Awg.Hj.Muslim kepada Tetamu Kehormat majlis

Penyampaian cenderahati kenangan & penghargaan daripada wakil kumpulan kepada Fasilitator Bengkel Dikir Brunei

Tetamu kehormat majlis, para fasilitator dan peserta bengkel bergambar ramai di hadapan Masjid Mohammad Bolkiah yang juga merupakan pusat Pengajian Dikir

Beberapa orang peserta yang mewakili sekolah2 Arab yang turut terlibat di dalam bengkel ini

Sebahagian fasilitator yang telah menjadi tenaga pengajar disepanjang bengkel dijalankan
Para peserta terdiri daripada berbilang peringkat umur

Melalui Bengkel ini diharap akan dapat menggalakkan para guru ugama supaya terus mempelajari Dikir Brunei ini dengan lagu2 asli warisan Brunei sesuai dengan keperluan atau hajat orang ramai bagi menyerikan majlis seperti Majlis berdikir sempena Maulidul Nabi Muhammad SAW, mandi berlawat, majlis kesyukuran kepulangan dari menunaikan fardhu haji, majlis pindah rumah, majlis berbedak dan sebagainya.

Sunday, February 15, 2009

Majlis Penyerahan & Penyampaian Sijil Penghargaan

Sabtu 14.02.09, Jam 11.30 pagi : bertempat di bilik ibadat Sekolah Arab Belait, berlangsung satu Majlis penyerahan & penyampaian sijil penghargaan kepada ibubapa & syarikat yang telah mendermakan peralatan berupa penghawa dingin dan bunga2 hidup bagi keselesaan para penuntut serta guru di sekolah ini.

Pemangku Guru Besar (Dk.Hjh.Masniah binti Pg.Hussin) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil syarikat Aset Darat BSP, kerana telah menyumbangkan satu unit penghawa dingin (Split Type) bagi kegunaan bilik ibadat SAB

Penyampaian sijil kepada wakil ibubapa penuntut (Hj.Ibrahim bin Hj.Jaafar) di atas sumbangan berupa 2 unit penghawa dingin (Window Type) bagi kegunaan bilik darjah Tahun 6 Azka
Dan penyampaian sijil penghargaan kepada ibu penuntut (Bidah binti Hj.Sulaiman) di atas sumbangan bunga2 hidup bagi mencantikkan lagi persekitaran SAB
Pemangku GB memberikan ucapan penghargaan kepada para penyumbang.
Majlis di akhiri dengan bacaan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Ustaz Rahimi & seterusnya menikmati jamuan ringan
Sekolah Arab Belait mengucapkan setinggi2 terima kasih, hanya Allah
yang dapat membalas jasa baik biskita.....Amin....


Friday, February 13, 2009

Jerayawara Pertandingan Menghafaz Ayat2 Suci Al-Quran

Sabtu 31.01.2009, Jam 2.00 Petang : Rombongan Sekolah Arab Belait seramai 2 orang Guru pengawas & 10 orang penuntut yang akan menyertai pertandingan menghafaz ayat2 suci Al-Quran membuat lawatan ke Dewan Seri Kenangan Tutong bagi membuat pendekatan mengenai pertandingan manghafaz yang telah dianjurkan oleh Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Para penuntut menyaksikan pameran yang telah disediakan

Di akhir lawatan para penuntut diberikan cenderahati sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kunjungan mereka

Friday, February 6, 2009

Praktikal Wudhu

Sabtu 24 Januari 2009, Jam 11.40 pagi : SAB mengisi jadual ECA dengan parktikal berwudhu kepada semua penuntut tahun 5 & 6 bagi memastikan wudhu mereka betul dan sempurna
Penuntut2 dipantau oleh guru2 yang membuat pemerhatian dan membuat teguran jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan

Para penuntut juga disuruh membaca doa selepas berwudhuMelalui aktiviti ini diharap akan dapat memperbaiki lagi kesempurnaan amali mereka seharian terutamanya yang berhubung dengan solat

Sunday, February 1, 2009

Penyelarasan Rancangan Kerja Tahunan

Sabtu 31 Januari 2009, Jam 9.00 pagi : SAB telah menjadi tuan rumah bagi penyelarasan Rancangan Kerja Tahunan bagi matapelajaran English Tahun 6
Teacher Dk.Hjh Masniah adalah merupakan Guru yang dipertanggungjawakan bagi mewakili SAB

Kemudian wakil penyelaras Sekolah2 Arab dijemput menikmati jamuan yang sememangnya menarik selera bagi mereka yang melihatnya...


Jemputlah makan, jangan malu2.......Our GB sempat posing. Special pose for her birthday......
Terima kasih di atas belanja makannya ya......
Semasa makan pun masih sempat berbincang ...?? Belum selesai lagikah ??
Teacher masniah special pose untuk tatapan semua


Ulangtahun SAB

8 Januari 2009 adalah merupakan ulangtahun SAB ke-4. Thanks to Adriana, Ida Faizah & parents yang telah menghadiahkan kek & kuih muih kepada Guru2 & penuntut2 SAB

8 Januari tarikh terpateri,
Sekolah Arab Belait menyambut harijadi,
Kepada semua yang telah menyumbang & memberi,
Sumbangan awda sangat kami hargai.