Monday, December 15, 2008

Penyampaian Hadiah Sempena Ihya Ramadhan

13hb. Disember 2008 (Sabtu) - Majlis Penyampaian Hadiah Bercerita Tentang Sejarah Islam Sempena Ihya Ramadhan telahpun berlangsung di Pusat Da'wah Islamiah.
Kelihatan sebahagian daripada penuntut-penuntut, Guru Besar dan Ustaz Hj. Md. Roselyzan bergambar ramai untuk kenang-kenangan.
Sedikit sedutan tayangan slide yang di adakan pada hari tersebut.
Inilah tayangan lakon semula dari Sekolah Arab Jerudong yang mendapat tempat pertama pada pertandingan tersebut. Tahniah di ucapkan.

Hari Terakhir Persekolahan 2008M

29hb. November 2008 ( Khamis) - Penuntut I'dadi 1 telahpun mengadakan sedikit jamuan untuk meraikan hari perpisahan dengan Penuntut I'dadi 2 yang akan meneruskan pengajian mereka ke Menengah 1 sama ada di SUAMPRIPAD, MIB, Institut Tahfiz Al-Quran dan di Sekolah Menengah Kerajaan Kem. Pendidikan. Tidak ramai penuntut yang hadir pada hari tersebut cuma sebahagian sahaja yang dapat menghadirkan diri dan membawa sedikit jamuan serta kek istimewa yang di hadiahkan oleh penuntut I'dadi 1 kepada Penuntut I'dadi 2 dengan ucapan "Semoga beroleh kejayaan di masa akan datang".
Nadirah, Adibah , Nuurin & Syazwani antara penuntut I'dadi 2 yang akan berpindah dan memeruskan pembelajaran mereka ke menengah 1 pada tahun hadapan.
Penuntut I'dadi 1 dan I'dadi 2 yang hadir dan merupakan hari terakhir bagi mereka berkumpul bersama-sama sebelum menjelangnya Cuti Penggal Ke-4 Persekolahan.
Nadirah & Ida...buleh tahan durang ani begambar.
Hari tersebut di isikan dengan bermain 'Dodge Ball'..mainan kanak2
Begambar laagi...
Adibah..."Selamat tinggal kawan"
Fatin.."Aku sayang kawanku ani..namanya c babun.."
"Selamat Bercuti Buat Semua Penuntut-Penuntut & Guru-Guru SAB dan isilah musim cuti persekolahan ini dengan perkara yang berfaedah...semoga tahun hadapan kita berjumpa lagi"

Sunday, December 7, 2008

Ex-SAB berkunjung..??

Sabtu, 06 Disember 2008 : beberapa orang bekas penuntut SAB pengambilan pertama pada tahun 2005 (First Intake) telah berkunjung ke SAB untuk bersua muka dengan rakan2 lama dan Guru2 yang pernah mengajar mereka suatu ketika dahulu
(Gambar Bawah) Amirul Adli, Omar, Abu Wafi, Helmi & Syafiq antara yang hadir di hari tersebut. Basar panjang sudah daurang ani, suara pun parau....

Di antara penuntut perempuan Ex-SAB yang hadir ialah : Amal, Hafizah, Afiqah, Shahlaila, Amirah, Raihan, Munirah,Hazirah, Norashikin & Sofiah

Di hari itu juga salah seorang Ex-SAB berkesempatan menyambut harijadinya yang keberapa ah..????? iaitu Amirah. Kalau di liat keknya macam nyaman...... kek aiskrim lagi tu... kalau ada aku mau lagi...nyam..nyam Anyway Happy Birthday Amirah... Rasanya macam baru semalam saja berjauhan sama daurang ani...

To Ex-SAB yang telah berkesudian berkunjung ke SAB diucapkan ribuan terima kasih dan tingkatkan usaha di dalam pembelajaran masing2 bagi mencapai cita2 dan kehidupan yang lebih sempurna, Aminnnn............

Friday, December 5, 2008

Kursus Pendidikan Jasmani Bagi Sekolah-Sekolah Arab Tahun 1429H / 2008M

Kursus Pendidikan Jasmani Bagi Sekolah-Sekolah Arab Tahun 1429H / 2008M telah berlangsung selama 3 hari bermula 02-04 Disember 2008 bertempat di Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah BSB. Kursus ini bertujuan melatih guru2 yang bakal mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani asas2 latihan, permainan, kecerdasan, kemahiran dan sebagainya.
(Gambar bawah) Di hari ke-2, Guru2 mendengarkan sedikit penerangan mengenai latihan kecerdasan sebelum menyahut cabaran mendaki Bukit Shahbandar bagi menilai tahap kecerdasan para peserta kursus

Inilah habuan yang kami perolehi setelah disuruh mendaki Bukit Shahbandar dengan berlari2 anak, sederhana laju & seterusnya sprint. (Abd.Hakim) Boleh bagi sedikit komen apa rasanya kana suruh belari menaiki Bukit Shahbandar??.. ada komen..?? No komen.......

Walaupun di dalam keletihan namun pemandangan dari atas bukit tersebut sekurang2nya dapat mengurangkan keletihan yang dihadapi
Melalui jalan pintas menuruni bukit Setelah penat berlari kini tibalah masanya untuk membuat stretching & cooling down sebagaimana yang telah diajarkan di dalam kursus
Walaupun ngalih, ada jua sebahagian peserta yang sempat curi2 melihat apakah menu yang bakal menjadi hidangan kami pada petang tersebut. (Hainney) Nyaman menunya ...?
Di hari ke-3 kami diajarkan mengenai latihan kemahiran bermain badminton iaitu bagaimana cara yang betul memegang raket, membuat pukulan, peraturan permainan dan stretching bagi permainan badminton
Dan seterusnya kami diajarkan bagaimana cara yang betul bagi permainan ping pong
Inilah our coordinator yang turut memantau segala jamuan & aktiviti kami sepanjang kursus dijalankan
Sesi sebelah petang di hari ke-3 diakhiri dengan majlis penutup kursus dan penyampaian sijil kepada para peserta. Bukan main happy lagi mua2 daurang bila kursus abis... maklum sajalah, abis mambang seluruh badan kami dibuatnya selama kursus ani dijalankan
Tetamu Kehormat majlis (Ustazah Siti Mariam binti Awg.Daud) memberikan sedikit ucapan alu-aluan sebagai pembakar semangat kami untuk terus bergerak aktif di dalam pendidikan jasmani dan mempraktikkan apa yang telah diajarkan.
Kemudian disusuli dengan ucapan daripada our fasilitator (Cikgu Hj.Rosman bin Hj.Jair) yang memberikan saranan kepada pihak JPI akan kekurangan yang terdapat di Sekolah2 Arab bagi melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani.
Dan seterusnya ucapan daripada wakil peserta kursus iaitu (Ak.Sahrin) yang juga menyarankan beberapa kekurangan yang dihadapi sepanjang kursus diadakan.
Our fasilitator diberikan hadiah penghargaan

Para peserta, Guru2 Besar & Pegawai2 JPI bergambar ramai di hadapan bangunan pentadbiran SMALHB sebagai tanda kenang-kenangan yang bermakna terutamanya para peserta yang telah melalui sendiri suka duka disepanjang kursus ini dijalankan
Terima kasih kepada semua terutamanya para peserta kerana dengan adanya kursus ini dapat mengeratkan lagi hubungan rapat di kalangan Guru2 Sekolah-Sekolah Arab di Negara ini

Wednesday, December 3, 2008

Aksi Bowling...

Isnin, 01 Disember 2008, Jam 10.30 pagi : SAB mengadakan perlawanan bowling dikalangan guru2 yang berlangsung di bowling Utama jalan km2 BSB bagi menunaikan hajat sebilangan guru yang berkeinginan bermain bowling setelah sekian lama tidak beraksi dan melepaskan penat lelah setelah berlangsungnya musim persekolahan penggal ke-4 Inilah wajah2 guru2 SAB yang tidak sabar2 lagi untuk membaling bola bowling. Iski banar bisdaurang ani kan main, memang kes gian ni...
Cemani cara yang lurus memegang bola bowling...nya Ustaz Hayrol. Ustaz Isfardi bahapa lagi tu?? inda mainkah ?? Husband Ustazah Rosmahwati ready udah tu..Anitah aksi para guru2 SAB bila udah lama inda main bowling. (Ustazah Rosmahwati) 'Strike...Strike... gerenti ni...' (Ustaz Hayrol) 'Strike tantu, kalau spare kaluk 2, he..he..' tapi memang nampak macam strike saja

Terpaksa bersabar menunggu giliran kan membaling.....And hari atu jua ada sebahagian guru yang didangani oleh husband or wife masing2, tengoklah sendiri... sebagai perangsang pembakar semangat untuk mendapat strike lah tu...Memerhatikan score board yang dipaparkan, biasalah.. takut nombor 1 terkebelakang. Ustazah Norahati nampak sedih saja... pasal menjadi juara among ustazah2

Tuesday, December 2, 2008

Penutup Penggal Persekolahan Ke-4

Khamis, 27 November 2008, Jam 8.15 pagi : sudah menjadi kebiasaan SAB mengadakan Majlis membaca Surah Yaasin & Tahlil sebagai penutup penggal persekolahan ke-4 pada tahun ini sebelum cuti persekolahan yang akan bermula pada 01 Disember ini.
Memandangkan para penuntut SAB banyak yang tidak hadir ke sekolah kebelakangan ini maka Majlis ini dijalankan lebih awal walaupun hari terakhir persekolahan jatuh pada hari sabtu.

Bacaan Surah Yaasin diketuai oleh Ustaz Roselyzan, Tahlil diketuai oleh Ustaz Isfardi & Doa Tahlil dibacakan oleh Ustaz Hainney


Di akhir majlis, GB (Ustazah Rohani) & guru2 SAB mengongsikan serba sedikit pengalaman & motivasi kepada para penuntut khasnya yang akan berpindah ke Mahad Islam Brunei & SUAMRIPAD dan bakal menghadapi pengalaman baru iaitu pengalaman tinggal di asrama supaya tidak terpengaruh dengan gejala yang negatif.
Majlis diakhiri dengan bersalaman di antara penuntut & guru2 SAB

Monday, December 1, 2008

Menandatangani rekod kemajuan & Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2008

Selasa, 25 November 2008, Jam 7.30 pagi : SAB telah mengadakan Majlis menandatangani rekod kemajuan pelajar serta disusuli dengan Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan di dalam peperiksaan akhir tahun & PSR dengan cemerlang

Para ibu & penjaga penuntut melihat sendiri pencapaian anak mereka dan mengajukan pertanyaan kepada Guru Kelas iaitu Ustazah Rosmahwati & Ustazah Norahati

Menunggu giliran untuk mengetahui pencapaian & menandatangani rekod kemajuan anak mereka

GB SAB (Ustazah Rohani binti Hj.Moksin) membuka tirai majlis dengan memberikan kata-kata aluan yang disusuli dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis iaitu (Awg Abd.Rahman bin Hasyim) Ketua Kampong Lumut II

Para Jemputan khas yang hadir di hari tersebut yang terdiri daripada Pegawai2 Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait, Kenaziran JPI & Guru2 Besar Sekolah Ugama Lumut

Para Ibubapa menanti penuh kesabaran dan memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiah bagi anak2 mereka

Mohammad Noor Hearlddey bin Helmy telah menyandang anugerah pelajar mendapat 5A di dalam PSR, mendapat tempat pertama keseluruhan Kelas I'dadi 2 Nasyith & menyandang gelaran sebagai pelajar cemerlang SAB 2008

Nuurin Kaamilah telah berjaya mendapat 5A di dalam Peperiksaan PSR & mendapat tempat ke-2 bagi I'dadi 2 Nasyith

Nurul Nadirah telah menyandang tempat ke-3 bagi kelas I'dadi 2 Nasyith

Fatin Farzana Qistina telah mendapat 5A di dalam peperiksaan PSR

Nurul Hafizah binti Sutiran telah menyandang tempat pertama bagi keseluruhan kelas I'dadi 1 Syathir & dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang 2008

Nuranisah binti Hj.Zaini telah mendapat tempat ke-2 bagi I'dadi 2 Syathir

Dan Adibah Afifah binti Husin telah mendapat tempat ke-3 bagi kelas I'dadi 1 Syathir

Para pelajar SAB juga dianugerahkan dengan pelbagai hadiah galakan sumbangan daripada Guru2 Matapelajaran masing-masing

Detik2 keriangan menerima hadiah galakan


Sebahagian ibubapa / penjaga penuntut juga diberikan sijil penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan di dalam aktiviti & kegiatan Sekolah Arab Belait

Tetamu Kehormat Majlis bergambar ramai dengan para pelajar SAB & ahli jawatankuasa Majlis yang turut sama memainkan peranan penting di dalam menjayakan Majlis di hari tersebut

Majlis juga diserikan dengan persembahan Tausyeh daripada penuntut lelaki & perempuan SAB

Cikgu Hussien, orang yang bertanggungjawab menjalankan pencerapan ke atas guru2 SAB bagi matapelajaran Akademik juga turut hadir memeriahkan suasana dan menganugerahkan Hadiah Kejutan kepada Cikgu Mohammad Isfardi di atas kecemerlangannya di dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas

Hai... Candy Girlz....

Tahniah kepada para pelajar yang telah dianugerahkan hadiah di hari tersebut dan ribuan terima kasih kepada AJK yang telah bertungkus lumus menyumbangkan tenaga mereka di dalam memastikan kelancaran majlis penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang SAB.