Thursday, September 23, 2010

Selamat Hari Guru 2010

HariGuru2010 copy

Selamat Hari Guru kepada semua mereka yang bergelar Guru di Negara Brunei Darussalam.
Semoga sentiasa sihat walafiat serta tabah di dalam mendidik anak bangsa kitani, Amin........

test

Sunday, September 5, 2010

Majlis Khatam Warga Jabatan Pengajian Islam

Hari : Rabu
Tarikh : 01 September 2010
Jam : 9.00 Pagi
Lokasi : Masjid Sultan Sharif Ali Kg.Sengkurong
Warga Jabatan Pengajian Islam yang terdiri daripada Guru-guru, Pegawai-pegawai & Ketua-ketua Jabatan dari empat daerah bergabung mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang bertempat di Masjid Sultan Sharif Ali Kg.Sengkurong
IMG_1658
Majlis dibahagikan kepada dua kumpulan yang berasingan iaitu lelaki dan perempuan. Tetamu kehormat Majlis bagi kumpulan lelaki iaitu Pegawai Pentadbir Kanan, Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Hj.Anuar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Hj.Ismail
IMG_1638
Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban berserta doa dan pemberian bunga telur kepada para hadirin sebagai pelengkap majlis
IMG_1644

IMG_1648
Aktiviti yang sama juga berlangsung bagi kumpulan perempuan
IMG_1631
Tetamu kehormat majlis bagi kumpulan perempuan iaitu Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam Ustazah Siti Mariam binti Daud
IMG_1656
Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban / Doa & pemberian bunga kepada para peserta yang hadir
IMG_1657

IMG_1654
Semoga aktiviti yang berkebajikan ini akan mendapat ganjaran yang melimpah-limpah daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin............

Klik di sini untuk gambar selanjutnya

Saturday, September 4, 2010

Hari Terbuka Mahad Islam Brunei

Hari : Khamis
Tarikh : 05 Ogos 2010
Jam : 2.15 Petang
Lokasi : Mahad Islam Brunei Tutong
Setelah warga SAB selesai menjalankan aktiviti program motivasi PSR di Anduki pada sebelah petangnya pula SAB berpeluang berkunjung ke Hari Terbuka Mahad Islam Brunei bersempena 20 Tahun penubuhan sekolah tersebut
IMG_0677
Segala penat lelah ketika menjalani program Aktiviti Motivasi PSR di sebelah pagi tidak terasa kerana warga SAB kini berhibur sambil melawat sekolah yang dahulunya pernah menjadi institusi pendidikan kepada sebahagian Guru-guru SAB
IMG_0675
Banyak aktiviti yang dijalankan serentak di hari tersebut di antaranya Motorcycle Riding
IMG_0676
Wah....Dk.Nur Qadirah berpeluang menaiki motor bersama salah seorang tenaga pengajar MIB ( Cikgu Rosman )
IMG_1605
Bukan main seronok lagi Siti Nur khadijah, kalau boleh antarkan balik ke Belait pakai bike ani
boleh.......???
IMG_1606
Anda yang berkunjung juga berpeluang menunggang kuda. Habree.... masih be-Q ni usulnya...
Kalau inda sampat balik saja....
IMG_1598
Namun kesabaran Habree & Abd.Qawi akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berdua ani sampat jua naik......Eee.....Haa........ Jaga-jaga gugur saja...
IMG_1603
( Md.Najib & Md.Helmi ) Dua orang bekas penuntut SAB pengambilan pertama pada tahun 2005 nampak segak dengan uniform mereka. Tinggi panjang udah durang ani rupanya... semoga sukses selalu dalam apa jua bidang yang diceburi....Amin...
IMG_1579
( Ustazah Hartini & Aminah ) pernah mentadbir SAB pada suatu ketika dahulu
IMG_1569
SAB mengucapkan Tahniah di atas kejayaan Mahad Islam Brunei mengendalikan Hari Terbuka tersebut dan kalau ada lagi jemput-jemputlah kami di sini
Klik di sini untuk gambar selanjutnya