Friday, September 4, 2009

Solat Hajat & Penyerahan Derma

Hari : Khamis
Tarikh : 03 September 2009
Jam : 12.40 Tengahari
Tempat : Masjid Zainab Lumut
SAB mengadakan aktiviti Solat Hajat bagi memohon kecemerlangan di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan dihadapi oleh penuntut2 Tahun 6 pada bulan Oktober nanti
Inilah sebahagian penuntut Tahun 6 Azka yang akan menduduki Peperiksaan PSR pada bulan depan

Para ibubapa juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada pihak sekolah bagi sama2 mendoakan pencapaian yang cemerlang bagi anak2 mereka

Solat Hajat diimamkan oleh Pegawai Masjid Zainab

Sebahagian ibubapa yang berkesempatan meluangkan masa bagi menjayakan aktiviti berkebajikan ini

Ini pula sebahagian tenaga pengajar SAB yang telah mencurahkan segala usaha mereka di dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka
Ini pula puteri2 Tahun 5 SAB yang turut mendoakan kejayaan kepada penuntut Tahun 6

Aktiviti diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Masjid Zainab yang telah menyumbangkan tenaga & kerjasama di dalam menjayakan aktiviti yang berkebajikan ini.

Penyampaian derma juga dilaksanakan oleh GB SAB (Ustazah Rohani) kepada salah seorang penuntut SAB iaitu Fatin Farhana yang diwakili oleh ibu beliau
Inilah keindahan yang dapat dilihat di dalam Masjid Zainab
Para ibubapa, Guru2 & penuntut2 SAB mengambil peluang bergambar ramai sebelum bersurai

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Masjid Zainab, Ibubapa yang berkesudian meluangkan masa mereka, guru2 & penuntut2 SAB, serta pihak2 yang secara tidak langsung mencurahkan tenaga mereka di dalam menjayakan aktiviti ini