Wednesday, August 25, 2010

Program Motivasi PSR

Hari : Khamis
Tarikh : 05 Ogos 2010
Jam : 8.30 Pagi
Lokasi : Taman Peranginan Anduki Seria

Sekolah Arab Belait buat julung kalinya mengadakan aktiviti Motivasi PSR bagi penuntut-penuntut Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR pada bulan Oktober nanti
IMG_1539
Antara objektif aktiviti ini diadakan ialah untuk melatih para penuntut berfikiran kreatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah
IMG_0672

IMG_0670
Membina bangunan yang paling tertinggi dan kukuh hanya dengan menggunakan kertas akhbar terpakai & 10 batang cucuk satay ( kenalah berfikir secara berkumpulan dan idea yang bernas akan menghasilkan natijah yang mengejutkan )
IMG_0658
Dan aktiviti yang paling seronok ialah aktiviti menaiki rakit dimana setiap penuntut di dalam setiap kumpulan dikehendaki berada di dalam petak empat segi yang kononnya sebuah rakit
IMG_1551
Peserta yang berjaya memuatkan kesemua rakan-rakan mereka di dalam petak tersebut adalah dikira berjaya
IMG_1543
Objektif aktiviti ini pula ialah menggalakkan para penuntut membantu di antara satu dengan yang lain sambil berfikir menyelesaikan masalah di dalam waktu yang singkat
IMG_1545
Berbagai-bagai aksi yang dilakukan demi menyelamatkan kumpulan masing-masing
IMG_1542
Sehingga ada di antara rakan mereka yang terpaksa berhimpit....ha..ha...ha....( ada yang melacit ni karang )
IMG_1550
Aksi keletihan setelah selesai aktiviti menaiki rakit ( bukan senang untuk mencapai sesuatu kejayaan, ianya hendaklah disertakan dengan usaha yang gigih )
IMG_1553
Ngalih-ngalih pun masih sempat posing
IMG_1555
Apa yang penting semua penuntut berseronok dan mendapat iktibar dari aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut
IMG_1559
Saksikan aksi penuntut lelaki dengan gaya bebas mereka ( ada yang berpotensi menjadi model ni usulnya...)
IMG_1558
Muka siapa yang nampak seperti baby face? teka......?
IMG_1565
Program Motivasi ini diakhiri dengan penyampaian Cenderamata Kenangan daripada Guru Besar SAB kepada Cikgu Emran ( Kaunselor Jabatan Pengajian Islam )
IMG_0674
Klik Di sini untuk gambar selanjutnya

Friday, August 20, 2010

KDYMM bersama rakyat Daerah Belait (Bhg.2)

Hari : Sabtu
Tarikh : 17 Julai 2010
Jam : 9.15 Pagi
Tempat : Padang Bandaran Kuala Belait
Pada tahun ini SAB diberikan amanah untuk menyertai persembahan padang bersempena Hari Keputeraan KDYMM yang ke-64 Tahun. Di dalam persembahan tersebut SAB dan SU.Paduka bergabung bagi mempersembahkan lagu yang dicipta khas yang di iringi oleh kumpulan MIRZA & anggota berseragam. Berikut adalah sebahagian aksi Guru-guru SAB, ( Ustaz Roselyzan penuh dengan semangat )
IMG_0623
( Dk.Hjh.Masniah ) bersama gabungan penuntut SAB & SU.Paduka ketika persembahan berlangsung
IMG_0624
Penuntut-penuntut lelaki & guru SAB nampak ceria walaupun keletihan menjalani beberapa latihan sebelum menjelangnya hari kemuncak
IMG_1311
Wah....control ayu..... Sebilangan penuntut & guru SAB yang terlibat menjayakan pesembahan ke Hadapan KDYMM
IMG_1375
( Munirah, Norhayati & Afiqah ) merupakan bekas penuntut SAB bagi Tahun 2005 & 2006 yang turut sama memeriahkan lagi keramaian di pagi tersebut
IMG_1304
( Ustz.Roselyzan, Hayrol Irwandy, Dk.Hjh.Masniah & Ustzh.Rohani ) adalah para pengawas peserta persembahan pentas yang telah dilantik. Yang berdiri di sebelah kiri & kanan atu adalah cameraman yang tidak asing lagi....yang sentiasa berkerja di sebalik tabir ( Ustz.Hj.Hainney & Mohd.Isfardi )
IMG_1307
Ustaz Suhaili bersama keluarga turut menyaksikan peristiwa yang bersejarah bagi Daerah Belait di pagi tersebut
IMG_1395
( Ustzh.Rosmahwati & Norahati ) juga bersama penduduk Daerah Belait menantikan ketibaan hari yang gilang gemilang dengan keberangkatan Raja yang dikasihi
IMG_1312
Penat lelah tegal biasa, apa yang pasti kegembiraan terpancar dari raut wajah rakyat jelata yang penuh dengan ceria

Solat Hajat sebelum menempuhi Peperiksaan PSR

Hari : Khamis
Tarikh : 19 Ogos 2010
Tempat : Masjid Zainab
Sudah menjadi rutin SAB mengadakan Solat Hajat berjemaah khususnya bagi mendoakan para penuntut Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan PSR pada tahun ini akan beroleh kejayaan. Aktiviti di hari tersebut dihadiri oleh Guru-guru, penuntut-penuntut tahun 5 & 6 SAB serta para ibubapa yang sempat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan aktiviti tersebut.
IMG_1623
Penuntut Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan PSR bergambar kenangan bersama sebilangan Guru-guru & penuntut Tahun 5
IMG_1616
Penuntut perempuan Tahun 6 & 5 bergambar bersama Guru-guru perempuan SAB
IMG_1618
Semoga penuntut-penuntut yang akan menduduki peperiksaan PSR akan dapat meraih kejayaan dengan meningkatkan lagi usaha masing-masing di dalam pembelajaran mereka, Amin......