Hari : Sabtu
Tarikh : 08.08.2009
Jam : 2.15 Petang
Tempat : Bilik ICT SAB
Penuntut2 tahun 5 berpeluang mengikuti aktiviti pertandingan Kuiz Hari Keputeraan bersempena dengan Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-63 tahun.
Aktiviti Kuiz ini dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar yang sebahagiannya berkisar tentang Sejarah Sultan Brunei, hari2 bersejarah & Pengetahuan Am bagi Negara Brunei Darussalam

Ustazah Rosmahwati & Norahati dilantik sebagai penjaga masa sepanjang aktiviti kuiz dijalankanManakala Ustaz Hayrol pula dilantik sebagai pengacara di hari tersebut

Di penghujung aktiviti ini para peserta diberikan hadiah galakan yang di sempurnakan oleh Ustazah Rohani (GB SAB ) 
Apa yang diharapkan melalui aktiviti kuiz ini akan dapat memupuk sifat setia kawan, bermuafakat & tolong menolong antara ahli pasukan dan dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah.
Dan sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Guru2 SAB yang terlibat sama di dalam menjayakan aktiviti di hari tersebut











No comments:
Post a Comment