Sunday, January 24, 2010

Hari : Selasa
Tarikh : 19 Januari 2010
Jam : 11:45 pagi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkesempatan berangkat ke Sekolah Arab Belait setelah selesai Majlis Penyampaian Anak Kunci Rumah & Lot Tanah bagi Mukim Liang / Lumut

Guru Besar (Ustazah Rohani Hj.Moksin) menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk melawat bangunan Sekolah Arab Belait

Ustaz Isfardi sedang menjalankan pengajaran menggunakan Bilik ICT yang merupakan kemudahan pembelajaran yang terdapat di sekolah ini

Ustazah Dk.Hjh.Masniah menerangkan keunikan penggunaan Tablet PC bagi para penuntut

Beramah mesra dengan para penuntut
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya dibawa melihat aktiviti sesi latihan Tausyeh daripada penuntut perempuan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyaksikan sendiri kelas pengajaran Bahasa Arab & Bahasa Inggeris dan bekomunikasi dengan para guru matapelajaran & para penuntut

Guru Besar sedang memberikan sedikit sejarah ringkas penubuhan Sekolah Arab Belait

Di akhir lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menandatangani Warkah kenangan bersempena dengan keberangkatan Baginda Ke Sekolah Arab Belait
Guru2 & penuntut2 tidak melepaskan peluang untuk bersalaman

Warga Sekolah Arab Belait Menjunjung Kasih Di Atas Keberangkatan Baginda

Inilah tenaga pengajar Sekolah Arab Belait pada Tahun ini

Sila klik Di sini untuk gambar selanjutnya

Friday, January 15, 2010

Pendidikan Jasmani

Hari : Sabtu
Tarikh : 09 Januari 2010
Jam : 8.00 pagi
Penuntut2 baru meneruskan minggu orientasi mereka dengan pendidikan Jasmani bagi memastikan tubuh badan mereka sentiasa dalam keadaan sihat

Buat apa yang disuruh....Jangan inda dibuat....


Inilah baju sukan sekolah pada tahun lepas

Dua orang fasilitator pendidikan Jasmani yang sudah tidak asing lagi bagi penuntut2 yang pernah belajar di sekolah ini

Penuntut2 dibawa berjogging keluar daripada kawasan sekolah





Inilah keramaian penuntut2 Sekolah Arab Belait iaitu seramai 56 orang

Wajah2 keletihan terpancar dari raut wajah mereka

Di sebelah petang pula penuntut2 baru diraikan di dalam Majlis penutup minggu orientasi mereka dengan aktiviti penyampaian hadiah di atas penyertaan mereka sepanjang minggu orientasi berlangsung


Klik di sini untuk gambar selanjutnya

Thursday, January 14, 2010

Orientasi Penuntut Baru 2010

Hari : Khamis
Tarikh : 07 Januari 2010
Para penuntut baru diberikan beberapa aktiviti di hari kedua mereka berada di SAB. Antara aktiviti tersebut ialah "suai kenal" di antara Guru & penuntut-penuntut bagi mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan SAB.

Guru-Guru pun kenalah memperkenalkan sedikit sebanyak tentang diri mereka kepada penuntut2 baru

Bermacam2 aksi semasa sesi suai kenal tersebut berlangsung

Apa yang pasti sesi suai kena ini akan mengukuhkan suatu hubungan erat. Apa yang lucu atu Ustaz Hayrol....?

Tibalah pula giliran penuntut2 Tahun 6 memperkenalkan diri mereka kepada penuntut2 baru. Adalah pula yang malu2.....


Kini giliran penuntut baru pula memperkenalkan diri mereka. Bukan main syok lagi durang ani, iskilah katakan....

para penuntut baru kemudian dilatih membaca Asmaul Husna yang merupakan rutin mingguan SAB setiap perkumpulan hari Rabu


Jam 11 pagi, mereka diberikan taklimat ringkas & tips2 mengenai tatacara pembelajaran yang betul yang disampaikan oleh Ustazah Dk.Hjh.Masniah

Wah..... cukup dengan gaya sekali. Kalau ikut pertandingan bahas boleh manang ni...

Penuntut2 mencatat perkara2 yang penting ke dalam nota masing2



Sedang Ustazah Masniah sibuk dengan taklimatnya ada pula penuntut yang mengantuk... Tengoklah tu...

Ustaz Hj.roselyzan seterusnya memberikan sedikit motivasi yang dapat merangsang minda penuntut untuk bergiat aktif di dalam pembelajaran mahupun kegiatan Kokurikulum


Aktiviti di hari tersebut diakhiri dengan peraduan membaca buku cerita bagi penuntut2 baru. Tujuannya ialah untuk melihat bakat yang ada pada diri mereka, manatau ada yang boleh mewakili SAB suatu hari nanti.....kan..kan...

Sila klik di sini untuk Gambar selanjutnya


Tuesday, January 12, 2010

Pendaftaran Penuntut Baru 2010

Hari : Rabu
Tarikh : 06 Januari 2010
Jam : 8.00 pagi
Lokasi : Dewan SU.Sg.Taring
Seramai 7 orang penuntut lelaki dan 9 orang penuntut perempuan telah mendaftarkan diri mereka sebagai pelajar baru yang akan menuntut di Sekolah Arab Belait. Seawal pagi lagi sekitar 7.00 pagi para ibubapa & penjaga sudah menghadirkan diri bagi mendaftarkan anak2 mereka.

Para ibubapa & penjaga diberikan taklimat ringkas yang berkaitan dengan hal ehwal sekolah, taklimat daripada bahagian latihan & dermasiswa, bahagian permakanan dan hala tuju Sekolah-sekolah Arab




Para ibubapa seterusnya dibawa meninjau kawasan sekolah, penempatan bilik darjah bagi anak2 mereka dan kemudahan2 yang terdapat di sekolah ini.


Sekolah Arab Belait mengucapkan tahniah dan selamat mengikuti pembelajaran di sekolah kami

Sila klik di sini ini untuk gambar seterusnya