Sunday, November 22, 2009

Monday, November 16, 2009

Pertandingan Pidato

Peraduan Pidato Bahasa Melayu Peringkat Saringan
Hari : Khamis
Tarikh: 12hb. November, 2009M
Tempat : Ma'had Islam Brunei, Tutong.

Bergambar ramai selepas keputusan diumumkan dan tahniah diucapkan kepada Siti Nur Khadijah yang memenangi tempat ke-3 dalam Peraduan Pidato Bahasa Melayu.

Sebelum Peraduan Pidato dijalankan sempat lagi memberikan pose istimewa tapi dalam hati kabak-kabak....dag dik dup...

Siti Nur Khadijah menyampaikan pidatonya yang bertajuk "Penghayatan Al-Quran Sebagai Zikir Yang Utama".

Bersama rakan-rakan dari Sekolah-Sekolah Arab yang lain yang ikut bertanding pada hari tersebut.

Di antara rakan-rakan yang turut serta memberi sokongan padu kepada Siti Nur Khadijah.

Sebahagian jemputan dan guru-guru pengawas yang hadir pada hari tersebut

Tetamu kehormat yang mulia Ustazah Hjh. Norjainah binti Hj. Buntar (Ketua Unit Sekolah Arab) menyampaikan ucapan sebelum Peraduan Pidato dijalankan.

Di antara para jemaah hakim yang diundang bagi menghakimi Peraduan Pidato Bahasa Melayu

Ustaz Hj. Md. Roselyzan merupakan guru pembimbing bagi wakil penuntut yang bertanding di Peringkat Saringan Peraduan Pidato Bahasa Melayu

Penuntut-penuntut bergambar ramai mengabdikan kenangan sebelum meninggalkan Ma'had Islam Brunei, Tutong.
Dari kiri: Mu'az, Abd. Rahim, Md. Hazwan Hakim,Siti Nur Khadijah, Dk. Nur Qadirah, Nuraqilah dan Dk.Radiah.

Saturday, November 7, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Tarikh : 3 November 2009
Hari : Selasa
Jam : 3 pagi
Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas

Antara yang sempat dirakamkan pada hari tersebut. Penerbangan Pertama seawal pagi kira-kira jam 2 waktu tempatan, para jemaah haji sudahpun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas meskipun jadual penerbangan bertolak pada jam 7.15 pagi. Para jemaah begitu sabar menantikan walaupun terpaksa bersedia 4-5 jam terlebih awal daripada masa yang dijadualkan. Terpapar diwajah Ustaz Hainney bin Hj Hamidon satu pengharapan untuk memperolehi haji yang mabrur untuk dibawa pulang kerana itu adalah impian setiap mukmin yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Haram menunaikan rukun Islam yang keempat

Ini merupakan rakan-rakan sejawat kepada Ustaz Hainney, Ustaz Azmin(Sebelah kiri) & Sir Isfardi
Inilah wajah isteri kepada Ustaz Hainney yang turut menjadi tetamu Allah
Ini adalah keluarga mertua kepada Sir Isfardi yang secara kebetulan satu pesawat bersama Ustaz Hainney
Dan pihak RTB juga sempat membuat liputan secara langsung pada hari tersebut
Jabatan Urusan Haji juga turut hadir di Balai Lambaian. Salah seorang pegawai yang ditugaskan merupakan bekas tenaga pengajar di Ma'had Islam Brunei iaitu Ustaz Harun (Sebelah kiri)

Inilah pesawat yang dinaiki oleh jemaah haji negara kita iaitu pesawat jenis Boieng 767 jika penulis tidak silap yang mana pesawat ini mempunyai keupayaan untuk terbang tanpa henti ke destinasi seperti Europe dan sebagainya. Dan jemaah haji kita pada tahun ini sangat beruntung kerana penerbangan mereka terus saja mendarat ke Kota Medinah Al-Munauwarah
Tibalah saat yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran apabila pesawat berlepas melintasi lapangan terbang hanya dapat dilihat daripada Balai Lambaian
Keadaan ahli keluarga terdekat bertambah sayu apabila mu'azin melaungkan azan ketika kapal terbang berlepas dari landasan

Kedengaran tangisan serta sebak para ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai apabila pesawat hilang dari pandangan mendoakan supaya tetamu Allah selamat pergi dan kembali ke Tanah Air
Didoakan semoga Ustaz Hainney dan isteri serta jemaah-jemaah haji yang lain supaya mereka akan dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna, dikurniakan kesihatan dan dimudahkan segala urusan semasa berada di Tanah Suci dan semoga mereka akan pulang ke Tanah Air dengan memperolehi haji yang mabrur dan membawa seribu kenangan dari Tanah Suci Amin...Ya Rabal Alamin....

Sunday, November 1, 2009

Menyusur Sg.Brunei

Hari : Sabtu
Tarikh : 31 Oktober 2009
Jam : 9.25 pagi
Lokasi : Sungai Brunei
Guru2 SAB dan penuntut Tahun 6 Azka mengunjungi Kg.Tamoi seterusnya menyusuri Sg.Brunei dengan menaiki perahu yang disewa khas
Kenalah berjalan kaki melalui rumah2 di Kg.Tamoi

Hati2 ya... Jangan sampai ada yang gugur ke airSebelum menaiki perahu menyusuri Sg.Brunei kenalah bersarapan dahulu takut2 ada yang mabuk laut, siapa yang susah nanti...?

Ustaz Roselyzan & Ustaz Rahimi memang sudah teror bab naik menaiki perahu ani, kacanglah..
(Ustaz Roselyzan) "Bah, bahapa lagi tu.? Turun lakas....Kalau takut jangantah ikut."
Memang seronok bila bersiar2 dengan menaiki perahu meninjau pemandangan di negara sendiri
Ani adalah salah satu pemandangan yang dapat kami saksikan pada ketika itu, iaitu Masjid Kg.Tamoi

Belum lama kami berlabuh, kami dapat menyaksikan sendiri Jong Batu yang dikaitkan dengan kisah Lagenda Nahkoda ManisSetelah penat lelah kami menjamu selera di salah sebuah rumah di Kg.Tamoi Memang sedap makan setelah penat menyusuri Sg.Brunei