Hari : Rabu
Tarikh : 29 Julai 2009
Jam : 9.00 pagi
Guru2 SAB mengadakan kempen kebersihan di bahagian kawasan rumah pembuangan sampah bagi menyahut saranan Kementerian Kesihatan untuk mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran lebih2 lagi pada ketika ini isu wabak penyakit H1N1 sedang sangat hangat diperkatakan
Ustaz Roselyzan sedang membersihkan sampah sarap yang bersepah yang sepatutnya dibuang menggunakan beg sampah
Kempen di hari tersebut juga telah dijayakan bersama beberapa orang ahli daripada Jabatan Bomba & PenyelamatJabatan Bomba & Penyelamat menyumbangkan tenaga mereka dengan membersihkan kawasan longkang kantin dengan menggunakan kuasa pili bomba mereka, memang power habis........
Inilah hasil daripada kempen tersebut, longgokkan sampah yang telah diisi ke dalam beg sampah
SAB mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga yang diberikan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat.
Semoga kebersihan kawasan ini akan berterusan sampai bila2 dengan mendisiplinkan diri dengan membiasakan membuang sampah menggunakan beg sampah.
" KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN "
No comments:
Post a Comment