Tuesday, December 2, 2008

Penutup Penggal Persekolahan Ke-4

Khamis, 27 November 2008, Jam 8.15 pagi : sudah menjadi kebiasaan SAB mengadakan Majlis membaca Surah Yaasin & Tahlil sebagai penutup penggal persekolahan ke-4 pada tahun ini sebelum cuti persekolahan yang akan bermula pada 01 Disember ini.
Memandangkan para penuntut SAB banyak yang tidak hadir ke sekolah kebelakangan ini maka Majlis ini dijalankan lebih awal walaupun hari terakhir persekolahan jatuh pada hari sabtu.

Bacaan Surah Yaasin diketuai oleh Ustaz Roselyzan, Tahlil diketuai oleh Ustaz Isfardi & Doa Tahlil dibacakan oleh Ustaz Hainney


Di akhir majlis, GB (Ustazah Rohani) & guru2 SAB mengongsikan serba sedikit pengalaman & motivasi kepada para penuntut khasnya yang akan berpindah ke Mahad Islam Brunei & SUAMRIPAD dan bakal menghadapi pengalaman baru iaitu pengalaman tinggal di asrama supaya tidak terpengaruh dengan gejala yang negatif.
Majlis diakhiri dengan bersalaman di antara penuntut & guru2 SAB

No comments: