Monday, December 1, 2008

Menandatangani rekod kemajuan & Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang 2008

Selasa, 25 November 2008, Jam 7.30 pagi : SAB telah mengadakan Majlis menandatangani rekod kemajuan pelajar serta disusuli dengan Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan di dalam peperiksaan akhir tahun & PSR dengan cemerlang

Para ibu & penjaga penuntut melihat sendiri pencapaian anak mereka dan mengajukan pertanyaan kepada Guru Kelas iaitu Ustazah Rosmahwati & Ustazah Norahati

Menunggu giliran untuk mengetahui pencapaian & menandatangani rekod kemajuan anak mereka

GB SAB (Ustazah Rohani binti Hj.Moksin) membuka tirai majlis dengan memberikan kata-kata aluan yang disusuli dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis iaitu (Awg Abd.Rahman bin Hasyim) Ketua Kampong Lumut II

Para Jemputan khas yang hadir di hari tersebut yang terdiri daripada Pegawai2 Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait, Kenaziran JPI & Guru2 Besar Sekolah Ugama Lumut

Para Ibubapa menanti penuh kesabaran dan memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiah bagi anak2 mereka

Mohammad Noor Hearlddey bin Helmy telah menyandang anugerah pelajar mendapat 5A di dalam PSR, mendapat tempat pertama keseluruhan Kelas I'dadi 2 Nasyith & menyandang gelaran sebagai pelajar cemerlang SAB 2008

Nuurin Kaamilah telah berjaya mendapat 5A di dalam Peperiksaan PSR & mendapat tempat ke-2 bagi I'dadi 2 Nasyith

Nurul Nadirah telah menyandang tempat ke-3 bagi kelas I'dadi 2 Nasyith

Fatin Farzana Qistina telah mendapat 5A di dalam peperiksaan PSR

Nurul Hafizah binti Sutiran telah menyandang tempat pertama bagi keseluruhan kelas I'dadi 1 Syathir & dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang 2008

Nuranisah binti Hj.Zaini telah mendapat tempat ke-2 bagi I'dadi 2 Syathir

Dan Adibah Afifah binti Husin telah mendapat tempat ke-3 bagi kelas I'dadi 1 Syathir

Para pelajar SAB juga dianugerahkan dengan pelbagai hadiah galakan sumbangan daripada Guru2 Matapelajaran masing-masing

Detik2 keriangan menerima hadiah galakan


Sebahagian ibubapa / penjaga penuntut juga diberikan sijil penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan di dalam aktiviti & kegiatan Sekolah Arab Belait

Tetamu Kehormat Majlis bergambar ramai dengan para pelajar SAB & ahli jawatankuasa Majlis yang turut sama memainkan peranan penting di dalam menjayakan Majlis di hari tersebut

Majlis juga diserikan dengan persembahan Tausyeh daripada penuntut lelaki & perempuan SAB

Cikgu Hussien, orang yang bertanggungjawab menjalankan pencerapan ke atas guru2 SAB bagi matapelajaran Akademik juga turut hadir memeriahkan suasana dan menganugerahkan Hadiah Kejutan kepada Cikgu Mohammad Isfardi di atas kecemerlangannya di dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas

Hai... Candy Girlz....

Tahniah kepada para pelajar yang telah dianugerahkan hadiah di hari tersebut dan ribuan terima kasih kepada AJK yang telah bertungkus lumus menyumbangkan tenaga mereka di dalam memastikan kelancaran majlis penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang SAB.

No comments: