Sunday, November 1, 2009

Pusat Promosi Kesihatan

Hari : Khamis
Tarikh : 29 Oktober 2009
Jam : 09:20 pagi
Lokasi : Pusat Promosi Kesihatan
Setelah penat lelah menjalani Peperiksaan Akhir Tahun para Guru & Penuntut SAB berpeluang berkunjung ke Pusat Promosi Kesihatan yang terletak di Jalan Menteri Besar Berakas.

Setibanya kami di sana, kami diberikan taklimat demi taklimat yang behubung dengan kesihatan


Ini adalah peringkat2 kehamilan dan kedudukan bayi di dalam rahim ibu dari bulan pertama hingga ke bulan seterusnya


Ini pula mesin Ultra Sound untuk melihat perkembangan bayi semasa di dalam kandungan ibu mereka

Kami juga berpeluang menonton asal kejadian bayi sehingga mereka dilahirkan

Kami diberikan penerangan akan bahaya rokok dan jenis2 bahan yang terdapat pada sebatang rokok yang setentunya mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang merokok

Alat ini merupakan alat bagi mengandaikan keadaan raut wajah seseorang apabila berumur 60 tahun nanti, samada dari segi faktor usia, Obesiti atau kerana disebabkan merokok yang akan merubah wajah seseorang disebabkan oleh kesan sampingan daripada perbuatan merokok tersebut

ini adalah salah satu aktiviti sukan yang dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat

Berbasikal juga antara aktiviti sukan yang disarankan untuk mencapai kesihatan

Tengok Nadia tu..... bukan main bersemangat lagi bersenam sambil berhibur dengan skrin yang terdapat di hadapan mereka

Kayuh... Jangan inda dikayuh... balum apa2 sudah kengalihan Rahim...?

Ada pula yang mengambil kesempatan melepaskan keletihan minda & tubuh badan dengan kerusi urut moden..... Nyaman Eeh..........

Kan menyalamkah..? Ustaz Roselyzan banarnya mencuba alat yang mengandaikan bagaimanakah penglihatan kita apabila sudah lanjut usia macam orang tua2 nanti

Kepada semua Guru2 & penuntut2 dinasihatkan supaya menghindarkan diri daripada perbuatan merokok yang boleh merugikan diri sendiri

Saturday, October 31, 2009

Kunjungan Ex-SAB

Hari : Rabu
Tarikh : 28 Oktober 2009
Baru sahaja penuntut2 SAB selesai menjalani Peperiksaan Akhir Tahun dan mengembalikan buku teks Sekolah Arab Belait telah dikunjungi oleh beberapa bekas penuntut intake 2005-2006
Setelah lama tidak bersua tau2 basar panjang sudah durang ani rupanya. ( Hazirah, Nur Azzah, Afiqah, Siti Safiah, Amal, Qayyimah & Raihan ) We Love SAB.......

Ini pula ( Amirah Asilah & Wanadiah )

Inilah sebahagian anak didik SAB pada suatu ketika dulu yang sudah menjadi jejaka idaman...ha...ha... ( Abd.Khaleq & Abd.Qawiyuddin )



Special pose untuk tatapan para Guru SAB yang pernah mencurahkan tenaga mereka

SAB mengucapkan Terima Kasih banyak di atas kunjungan tersebut dan kalau ada kesempatan berkunjunglah lagi.....

Friday, October 30, 2009

Hjh.Fify Birthday

Hari : Rabu
Tarikh : 28 Oktober 2009
Sedang para penuntut SAB sibuk mengembalikan buku teks sekolah ada pula penuntut yang meraikan hari lahirnya, iaitu salah seorang penuntut Tahun 5 Huda

Penuntut yang dimaksudkan ialah Hjh.Fify. SAB mengucapkan selamat ulangtahun yang ke-11 semoga berjaya dalam pembelajaran yang ditempuhi.

Hjh.Fify bersama rakan2 (Classmate)

Tibalah masa yang ditunggu iaitu acara memotong kek .... Yummy......

Mengembalikan Buku Teks

Hari : Rabu
Tarikh : 28 Oktober 2009
Setelah penuntut2 SAB selesai menjalani Peperiksaan tiba pula masa untuk mengembalikan buku teks
Wah...! sukanya daurang.... Jangan lupa, tahun depan ada buku teks baru yang bakal menjadi hidangan
Special pose daripada Penuntut Tahun 5 Husna
Senyum....senyum...


Wednesday, October 28, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Hari : Isnin
Tarikh : 19 Oktober 2009
Penuntut2 SAB memulakan Peperiksaan Akhir Tahun bermula pada 19 hingga 27 Oktober 2009 bagi menilai tahap pencapaian akademik para pelajar.
Cemana Sahirah..? boleh jawab kesemua soalan ke ..?

Pastikan kehendak soalan dibaca dengan teliti sebelum menjawab


Dan bagi Guru2 pula sibuk dengan memeriksa kertas jawapan anak didik mereka

Semoga penuntut2 SAB beroleh kejayaan....Amin...

Thursday, October 8, 2009

Pertandingan Kuiz Matematik Sekolah2 Arab

Hari : Sabtu
Tarikh : 12 September 2009
Lokasi : Dewan Serbaguna Su.Sg.Taring
Jam : 9.30 pagi
Telah berlangsung Pertandingan Kuiz Matematik antara Sekolah2 Arab Peringkat PSR. Pertandingan akhir di hari tersebut ialah di antara Tuan Rumah Sekolah Arab Belait & Sekolah Persediaan Arab Temburong.
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut Ustaz Raduan bin Jamil, Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait
Hadiah & Piala Iringan yang akan menjadi rebutan
Para Jemputan yang hadir dihari tersebut

Turut hadir Unit Kenaziran, Ketua Unit Sekolah Arab, Pengetua & Guru2 Besar Sekolah2 Arab

Sebahagian ibubapa & penjaga penuntut juga tidak mahu ketinggalan bagi menyaksikan sendiri kepintaran & kebolehan anak mereka di dalam Ilmu Matematik


Memang sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Juara di pertandingan tersebut telah disandang oleh Sekolah Persediaan Arab Temburong, Tahniah.....

Inilah Guru Besar, Guru Pengawas & peserta dari Sekolah Persediaan Arab Temburong yang telah berjaya menyandang sebagai Juara pada Tahun ini

Di penghujung Majlis, Tetamu Kehormat, para jemputan khas & para peserta bergambar ramai


Semoga dengan adanya Pertandingan ini akan menghasilkan penuntut2 yang berkualiti di dalam bidang matematik.....Amin....

Wednesday, October 7, 2009

SAB Berhari Raya

Hari : Sabtu
Tarikh : 03 Oktober 2009
Jam 8.45 Pagi
SAB telah mengadakan Ramah Mesra Hari Raya di antara Guru2 & Penuntutnya bagi sama2 memanfaatkan bulan Syawal yang mulia ini dan beristirihat seketika setelah penat lelah menjalankan tugas masing2

Guru2 & penuntut2 perempuan SAB bergambar ramai

Ini adalah aksi penuntut Tahun 6 Azka yang akan menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah pada tahun ini

Ini pula aksi penuntut2 perempuan Tahun 6 Azka dengan gaya bebas mereka

Gaya bebas penuntut lelaki tahun 6 Azka Ala2 Superman.....
Ini adalah penampilan penuntut Tahun 5 Huda di pagi tersebut
Aksi bebas penuntut lelaki Tahun 5 Huda

Inilah penuntut perempuan Tahun 5 Huda dengan pose ayu mereka
Penuntut Tahun 5 Huda dengan classmate mereka
Fulamak..... bukan main posing habis lagi durang ani...
Teacher Masniah pun sempat meluangkan masa bersama2 walaupun masih menjalani cuti bersalin
Apahal pula ni..........?. Ada pula penuntut yang kena kerah tenaga untuk menarik Ustaz Roselyzan yang nampaknya teringin sangat kan main tarik daun piasau ......Ini adalah special pose dari SAB yang terpaksa berlakon ala2 Berhari Raya pada zaman 60an. Cemana....? ada usul orang intake lamakah....? Bolehlah....


Dikesempatan ini seluruh warga SAB mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam, Maaf Zahir & Batin