Sunday, November 1, 2009

Pusat Promosi Kesihatan

Hari : Khamis
Tarikh : 29 Oktober 2009
Jam : 09:20 pagi
Lokasi : Pusat Promosi Kesihatan
Setelah penat lelah menjalani Peperiksaan Akhir Tahun para Guru & Penuntut SAB berpeluang berkunjung ke Pusat Promosi Kesihatan yang terletak di Jalan Menteri Besar Berakas.

Setibanya kami di sana, kami diberikan taklimat demi taklimat yang behubung dengan kesihatan


Ini adalah peringkat2 kehamilan dan kedudukan bayi di dalam rahim ibu dari bulan pertama hingga ke bulan seterusnya


Ini pula mesin Ultra Sound untuk melihat perkembangan bayi semasa di dalam kandungan ibu mereka

Kami juga berpeluang menonton asal kejadian bayi sehingga mereka dilahirkan

Kami diberikan penerangan akan bahaya rokok dan jenis2 bahan yang terdapat pada sebatang rokok yang setentunya mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang merokok

Alat ini merupakan alat bagi mengandaikan keadaan raut wajah seseorang apabila berumur 60 tahun nanti, samada dari segi faktor usia, Obesiti atau kerana disebabkan merokok yang akan merubah wajah seseorang disebabkan oleh kesan sampingan daripada perbuatan merokok tersebut

ini adalah salah satu aktiviti sukan yang dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat

Berbasikal juga antara aktiviti sukan yang disarankan untuk mencapai kesihatan

Tengok Nadia tu..... bukan main bersemangat lagi bersenam sambil berhibur dengan skrin yang terdapat di hadapan mereka

Kayuh... Jangan inda dikayuh... balum apa2 sudah kengalihan Rahim...?

Ada pula yang mengambil kesempatan melepaskan keletihan minda & tubuh badan dengan kerusi urut moden..... Nyaman Eeh..........

Kan menyalamkah..? Ustaz Roselyzan banarnya mencuba alat yang mengandaikan bagaimanakah penglihatan kita apabila sudah lanjut usia macam orang tua2 nanti

Kepada semua Guru2 & penuntut2 dinasihatkan supaya menghindarkan diri daripada perbuatan merokok yang boleh merugikan diri sendiri

No comments: