Thursday, October 8, 2009

Pertandingan Kuiz Matematik Sekolah2 Arab

Hari : Sabtu
Tarikh : 12 September 2009
Lokasi : Dewan Serbaguna Su.Sg.Taring
Jam : 9.30 pagi
Telah berlangsung Pertandingan Kuiz Matematik antara Sekolah2 Arab Peringkat PSR. Pertandingan akhir di hari tersebut ialah di antara Tuan Rumah Sekolah Arab Belait & Sekolah Persediaan Arab Temburong.
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut Ustaz Raduan bin Jamil, Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait
Hadiah & Piala Iringan yang akan menjadi rebutan
Para Jemputan yang hadir dihari tersebut

Turut hadir Unit Kenaziran, Ketua Unit Sekolah Arab, Pengetua & Guru2 Besar Sekolah2 Arab

Sebahagian ibubapa & penjaga penuntut juga tidak mahu ketinggalan bagi menyaksikan sendiri kepintaran & kebolehan anak mereka di dalam Ilmu Matematik


Memang sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Juara di pertandingan tersebut telah disandang oleh Sekolah Persediaan Arab Temburong, Tahniah.....

Inilah Guru Besar, Guru Pengawas & peserta dari Sekolah Persediaan Arab Temburong yang telah berjaya menyandang sebagai Juara pada Tahun ini

Di penghujung Majlis, Tetamu Kehormat, para jemputan khas & para peserta bergambar ramai


Semoga dengan adanya Pertandingan ini akan menghasilkan penuntut2 yang berkualiti di dalam bidang matematik.....Amin....

No comments: