Friday, September 4, 2009

Solat Hajat & Penyerahan Derma

Hari : Khamis
Tarikh : 03 September 2009
Jam : 12.40 Tengahari
Tempat : Masjid Zainab Lumut
SAB mengadakan aktiviti Solat Hajat bagi memohon kecemerlangan di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan dihadapi oleh penuntut2 Tahun 6 pada bulan Oktober nanti
Inilah sebahagian penuntut Tahun 6 Azka yang akan menduduki Peperiksaan PSR pada bulan depan

Para ibubapa juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada pihak sekolah bagi sama2 mendoakan pencapaian yang cemerlang bagi anak2 mereka

Solat Hajat diimamkan oleh Pegawai Masjid Zainab

Sebahagian ibubapa yang berkesempatan meluangkan masa bagi menjayakan aktiviti berkebajikan ini

Ini pula sebahagian tenaga pengajar SAB yang telah mencurahkan segala usaha mereka di dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka
Ini pula puteri2 Tahun 5 SAB yang turut mendoakan kejayaan kepada penuntut Tahun 6

Aktiviti diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Masjid Zainab yang telah menyumbangkan tenaga & kerjasama di dalam menjayakan aktiviti yang berkebajikan ini.

Penyampaian derma juga dilaksanakan oleh GB SAB (Ustazah Rohani) kepada salah seorang penuntut SAB iaitu Fatin Farhana yang diwakili oleh ibu beliau
Inilah keindahan yang dapat dilihat di dalam Masjid Zainab
Para ibubapa, Guru2 & penuntut2 SAB mengambil peluang bergambar ramai sebelum bersurai

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Masjid Zainab, Ibubapa yang berkesudian meluangkan masa mereka, guru2 & penuntut2 SAB, serta pihak2 yang secara tidak langsung mencurahkan tenaga mereka di dalam menjayakan aktiviti ini

Tuesday, August 25, 2009

Ratib Al-Attas & Solat Hajat

Hari : Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2009
Jam : 2.45 Petang
Tempat : Bilik Ibadat Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin berserta Isteri berkesempatan berkunjung ke Sekolah Ugama Sg.Taring & Sekolah Arab Belait bagi sama-sama membaca Ratib Al-Attas

Majlis di hari tersebut dimulakan dengan Solat Hajat berjemaah dan bacaan Doa tolak bala bagi memohon dihindari daripada segala bala bencana yang menimpa dunia ketika ini khususnya wabak H1N1

Setelah selesai menunaikan Solat Hajat berjemaah majlis diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai


Turut hadir para pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama & Jabatan Pengajian Islam


Turut serta memeriahkan majlis di hari tersebut adalah Guru2 Ugama & Guru2 SAB

Turut hadir ialah ketua2 unit daripada Jabatan Pengajian Islam

Putera2 & Puteri2 SAB tidak ketinggalan bagi sama2 menyertai perkara yang berkebajikan ini


Semoga kita akan terhindari daripada segala bala bencana, Amin.................

Sunday, August 16, 2009

Kuiz Hari Keputeraan 2009

Hari : Sabtu
Tarikh : 08.08.2009
Jam : 2.15 Petang
Tempat : Bilik ICT SAB
Penuntut2 tahun 5 berpeluang mengikuti aktiviti pertandingan Kuiz Hari Keputeraan bersempena dengan Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-63 tahun.
Aktiviti Kuiz ini dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar yang sebahagiannya berkisar tentang Sejarah Sultan Brunei, hari2 bersejarah & Pengetahuan Am bagi Negara Brunei Darussalam

Penyertaan di hari tersebut dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan yang mewakili kelas 5 Huda & 5 HusnaUstazah Rosmahwati & Norahati dilantik sebagai penjaga masa sepanjang aktiviti kuiz dijalankan
Ustaz Isfardi diamanahkan bagi mencatat markah setiap soalan dan keseluruhan di akhir setiap pusingan

Manakala Ustaz Hayrol pula dilantik sebagai pengacara di hari tersebut Sebahagian penuntut SAB yang turut memberi sokongan kepada rakan2 mereka
Di penghujung aktiviti ini para peserta diberikan hadiah galakan yang di sempurnakan oleh Ustazah Rohani (GB SAB )

Apa yang diharapkan melalui aktiviti kuiz ini akan dapat memupuk sifat setia kawan, bermuafakat & tolong menolong antara ahli pasukan dan dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah.
Dan sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Guru2 SAB yang terlibat sama di dalam menjayakan aktiviti di hari tersebut

Penyelarasan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Hari : Rabu
Tarikh : 05 Ogos 2009
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ICT SAB
Sekolah Arab Belait telah menjadi Tuan Rumah bagi penyelarasan kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 nanti bagi Tahun 5. Sebanyak 5 buah Sekolah Arab terlibat di dalam penyelarasan tersebut iaitu, Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Persediaan Arab Temburong, Sekolah Arab Jerudong, Sekolah Arab Belait & Mahad Islam Brunei
Dengan adanya kesepakatan di kalangan guru2 matapelajaran ini akan dapat membuahkan soalan yang berkualiti dan berpelbagai
Ustaz Rahimi (SAB) & Morsidi (SPAT) sedang membincangkan bentuk soalan bagi matapelajaran Al-Quran

Ustaz Hayrol pula sedang sibuk membentuk soalan bagi matapelajaran Bahasa Arab
Setelah selesai, tibalah masa untuk sembang2 sesama guru2 penyelaras sambil menikmati jamuan ringan. Maklumlah.... kadang2 baru saling mengenal antara satu dengan yang lain. Terima kasih juga kepada ibu Hafizah yang menaja kuih-muih di hari tersebut. Di lain hari sponsor lah lagi..

Ini pula Ustaz Ariffin dari (MIB) & Ustaz Roselyzan dari (SAB) yang mewakili bagi metepelajaran Khat

Dengan adanya pertemuan ini juga akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan guru Sekolah2 Arab di Negara ini

Sunday, August 9, 2009

Ratib Al-Attas

Hari : Isnin
Tarikh : 03 Ogos 2009
Jam : 9.20 pagi
Tempat : Surau SU Sg.Taring
Telah berlangsung Majlis membaca Ratib Al-Attas beramai-ramai sebagai salah satu inisiatif bagi menghindari penyakit H1N1 disamping menjadikannya sebagai amal ibadat dan santapan rohani.
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut Yang Mulia Hjh.Zasia binti Sirin, Pegawai Tugas-Tugas Kanan, Ketua Bahagian Dasar & Inspektorat, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

Turut hadir Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam yang terdiri daripada Unit Kenaziran, Unit Peperiksaan, Unit Sekolah2 Arab dan sebagainya

Sebahagian Guru2 Ugama yang sama2 memeriahkan Majlis di hari tersebut

Ini pula Ustazah Norahati & Rosmahwati yang terlibat sama di dalam menjayakan bacaan Ratib Al-Attas. Nanti dapat tah mengepalai membaca Ratib tu..........boleh??

Puteri2 SAB yang terdiri dari penuntut Tahun 5 & 6 tidak melepaskan peluang untuk menyertai perkara yang berkebajikan ini