Hari : Rabu
Tarikh : 01 September 2010
Jam : 9.00 Pagi
Lokasi : Masjid Sultan Sharif Ali Kg.Sengkurong
Warga Jabatan Pengajian Islam yang terdiri daripada Guru-guru, Pegawai-pegawai & Ketua-ketua Jabatan dari empat daerah bergabung mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang bertempat di Masjid Sultan Sharif Ali Kg.Sengkurong


Majlis dibahagikan kepada dua kumpulan yang berasingan iaitu lelaki dan perempuan. Tetamu kehormat Majlis bagi kumpulan lelaki iaitu Pegawai Pentadbir Kanan, Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Hj.Anuar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Hj.Ismail


Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban berserta doa dan pemberian bunga telur kepada para hadirin sebagai pelengkap majlis


Tetamu kehormat majlis bagi kumpulan perempuan iaitu Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam Ustazah Siti Mariam binti Daud



Semoga aktiviti yang berkebajikan ini akan mendapat ganjaran yang melimpah-limpah daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin............
Klik di sini untuk gambar selanjutnya

























































