Friday, August 20, 2010

Solat Hajat sebelum menempuhi Peperiksaan PSR

Hari : Khamis
Tarikh : 19 Ogos 2010
Tempat : Masjid Zainab
Sudah menjadi rutin SAB mengadakan Solat Hajat berjemaah khususnya bagi mendoakan para penuntut Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan PSR pada tahun ini akan beroleh kejayaan. Aktiviti di hari tersebut dihadiri oleh Guru-guru, penuntut-penuntut tahun 5 & 6 SAB serta para ibubapa yang sempat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan aktiviti tersebut.
IMG_1623
Penuntut Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan PSR bergambar kenangan bersama sebilangan Guru-guru & penuntut Tahun 5
IMG_1616
Penuntut perempuan Tahun 6 & 5 bergambar bersama Guru-guru perempuan SAB
IMG_1618
Semoga penuntut-penuntut yang akan menduduki peperiksaan PSR akan dapat meraih kejayaan dengan meningkatkan lagi usaha masing-masing di dalam pembelajaran mereka, Amin......

No comments: