Wednesday, August 25, 2010

Program Motivasi PSR

Hari : Khamis
Tarikh : 05 Ogos 2010
Jam : 8.30 Pagi
Lokasi : Taman Peranginan Anduki Seria

Sekolah Arab Belait buat julung kalinya mengadakan aktiviti Motivasi PSR bagi penuntut-penuntut Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR pada bulan Oktober nanti
IMG_1539
Antara objektif aktiviti ini diadakan ialah untuk melatih para penuntut berfikiran kreatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah
IMG_0672

IMG_0670
Membina bangunan yang paling tertinggi dan kukuh hanya dengan menggunakan kertas akhbar terpakai & 10 batang cucuk satay ( kenalah berfikir secara berkumpulan dan idea yang bernas akan menghasilkan natijah yang mengejutkan )
IMG_0658
Dan aktiviti yang paling seronok ialah aktiviti menaiki rakit dimana setiap penuntut di dalam setiap kumpulan dikehendaki berada di dalam petak empat segi yang kononnya sebuah rakit
IMG_1551
Peserta yang berjaya memuatkan kesemua rakan-rakan mereka di dalam petak tersebut adalah dikira berjaya
IMG_1543
Objektif aktiviti ini pula ialah menggalakkan para penuntut membantu di antara satu dengan yang lain sambil berfikir menyelesaikan masalah di dalam waktu yang singkat
IMG_1545
Berbagai-bagai aksi yang dilakukan demi menyelamatkan kumpulan masing-masing
IMG_1542
Sehingga ada di antara rakan mereka yang terpaksa berhimpit....ha..ha...ha....( ada yang melacit ni karang )
IMG_1550
Aksi keletihan setelah selesai aktiviti menaiki rakit ( bukan senang untuk mencapai sesuatu kejayaan, ianya hendaklah disertakan dengan usaha yang gigih )
IMG_1553
Ngalih-ngalih pun masih sempat posing
IMG_1555
Apa yang penting semua penuntut berseronok dan mendapat iktibar dari aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut
IMG_1559
Saksikan aksi penuntut lelaki dengan gaya bebas mereka ( ada yang berpotensi menjadi model ni usulnya...)
IMG_1558
Muka siapa yang nampak seperti baby face? teka......?
IMG_1565
Program Motivasi ini diakhiri dengan penyampaian Cenderamata Kenangan daripada Guru Besar SAB kepada Cikgu Emran ( Kaunselor Jabatan Pengajian Islam )
IMG_0674
Klik Di sini untuk gambar selanjutnya

No comments: