Wednesday, October 28, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Hari : Isnin
Tarikh : 19 Oktober 2009
Penuntut2 SAB memulakan Peperiksaan Akhir Tahun bermula pada 19 hingga 27 Oktober 2009 bagi menilai tahap pencapaian akademik para pelajar.
Cemana Sahirah..? boleh jawab kesemua soalan ke ..?

Pastikan kehendak soalan dibaca dengan teliti sebelum menjawab


Dan bagi Guru2 pula sibuk dengan memeriksa kertas jawapan anak didik mereka

Semoga penuntut2 SAB beroleh kejayaan....Amin...

Thursday, October 8, 2009

Pertandingan Kuiz Matematik Sekolah2 Arab

Hari : Sabtu
Tarikh : 12 September 2009
Lokasi : Dewan Serbaguna Su.Sg.Taring
Jam : 9.30 pagi
Telah berlangsung Pertandingan Kuiz Matematik antara Sekolah2 Arab Peringkat PSR. Pertandingan akhir di hari tersebut ialah di antara Tuan Rumah Sekolah Arab Belait & Sekolah Persediaan Arab Temburong.
Tetamu Kehormat di Majlis tersebut Ustaz Raduan bin Jamil, Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait
Hadiah & Piala Iringan yang akan menjadi rebutan
Para Jemputan yang hadir dihari tersebut

Turut hadir Unit Kenaziran, Ketua Unit Sekolah Arab, Pengetua & Guru2 Besar Sekolah2 Arab

Sebahagian ibubapa & penjaga penuntut juga tidak mahu ketinggalan bagi menyaksikan sendiri kepintaran & kebolehan anak mereka di dalam Ilmu Matematik


Memang sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Juara di pertandingan tersebut telah disandang oleh Sekolah Persediaan Arab Temburong, Tahniah.....

Inilah Guru Besar, Guru Pengawas & peserta dari Sekolah Persediaan Arab Temburong yang telah berjaya menyandang sebagai Juara pada Tahun ini

Di penghujung Majlis, Tetamu Kehormat, para jemputan khas & para peserta bergambar ramai


Semoga dengan adanya Pertandingan ini akan menghasilkan penuntut2 yang berkualiti di dalam bidang matematik.....Amin....

Wednesday, October 7, 2009

SAB Berhari Raya

Hari : Sabtu
Tarikh : 03 Oktober 2009
Jam 8.45 Pagi
SAB telah mengadakan Ramah Mesra Hari Raya di antara Guru2 & Penuntutnya bagi sama2 memanfaatkan bulan Syawal yang mulia ini dan beristirihat seketika setelah penat lelah menjalankan tugas masing2

Guru2 & penuntut2 perempuan SAB bergambar ramai

Ini adalah aksi penuntut Tahun 6 Azka yang akan menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah pada tahun ini

Ini pula aksi penuntut2 perempuan Tahun 6 Azka dengan gaya bebas mereka

Gaya bebas penuntut lelaki tahun 6 Azka Ala2 Superman.....
Ini adalah penampilan penuntut Tahun 5 Huda di pagi tersebut
Aksi bebas penuntut lelaki Tahun 5 Huda

Inilah penuntut perempuan Tahun 5 Huda dengan pose ayu mereka
Penuntut Tahun 5 Huda dengan classmate mereka
Fulamak..... bukan main posing habis lagi durang ani...
Teacher Masniah pun sempat meluangkan masa bersama2 walaupun masih menjalani cuti bersalin
Apahal pula ni..........?. Ada pula penuntut yang kena kerah tenaga untuk menarik Ustaz Roselyzan yang nampaknya teringin sangat kan main tarik daun piasau ......Ini adalah special pose dari SAB yang terpaksa berlakon ala2 Berhari Raya pada zaman 60an. Cemana....? ada usul orang intake lamakah....? Bolehlah....


Dikesempatan ini seluruh warga SAB mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam, Maaf Zahir & Batin

Friday, September 4, 2009

Solat Hajat & Penyerahan Derma

Hari : Khamis
Tarikh : 03 September 2009
Jam : 12.40 Tengahari
Tempat : Masjid Zainab Lumut
SAB mengadakan aktiviti Solat Hajat bagi memohon kecemerlangan di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan dihadapi oleh penuntut2 Tahun 6 pada bulan Oktober nanti
Inilah sebahagian penuntut Tahun 6 Azka yang akan menduduki Peperiksaan PSR pada bulan depan

Para ibubapa juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada pihak sekolah bagi sama2 mendoakan pencapaian yang cemerlang bagi anak2 mereka

Solat Hajat diimamkan oleh Pegawai Masjid Zainab

Sebahagian ibubapa yang berkesempatan meluangkan masa bagi menjayakan aktiviti berkebajikan ini

Ini pula sebahagian tenaga pengajar SAB yang telah mencurahkan segala usaha mereka di dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka
Ini pula puteri2 Tahun 5 SAB yang turut mendoakan kejayaan kepada penuntut Tahun 6

Aktiviti diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Masjid Zainab yang telah menyumbangkan tenaga & kerjasama di dalam menjayakan aktiviti yang berkebajikan ini.

Penyampaian derma juga dilaksanakan oleh GB SAB (Ustazah Rohani) kepada salah seorang penuntut SAB iaitu Fatin Farhana yang diwakili oleh ibu beliau
Inilah keindahan yang dapat dilihat di dalam Masjid Zainab
Para ibubapa, Guru2 & penuntut2 SAB mengambil peluang bergambar ramai sebelum bersurai

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Masjid Zainab, Ibubapa yang berkesudian meluangkan masa mereka, guru2 & penuntut2 SAB, serta pihak2 yang secara tidak langsung mencurahkan tenaga mereka di dalam menjayakan aktiviti ini

Tuesday, August 25, 2009

Ratib Al-Attas & Solat Hajat

Hari : Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2009
Jam : 2.45 Petang
Tempat : Bilik Ibadat Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut
Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin berserta Isteri berkesempatan berkunjung ke Sekolah Ugama Sg.Taring & Sekolah Arab Belait bagi sama-sama membaca Ratib Al-Attas

Majlis di hari tersebut dimulakan dengan Solat Hajat berjemaah dan bacaan Doa tolak bala bagi memohon dihindari daripada segala bala bencana yang menimpa dunia ketika ini khususnya wabak H1N1

Setelah selesai menunaikan Solat Hajat berjemaah majlis diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai


Turut hadir para pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama & Jabatan Pengajian Islam


Turut serta memeriahkan majlis di hari tersebut adalah Guru2 Ugama & Guru2 SAB

Turut hadir ialah ketua2 unit daripada Jabatan Pengajian Islam

Putera2 & Puteri2 SAB tidak ketinggalan bagi sama2 menyertai perkara yang berkebajikan ini


Semoga kita akan terhindari daripada segala bala bencana, Amin.................