Saturday, November 7, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Tarikh : 3 November 2009
Hari : Selasa
Jam : 3 pagi
Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas

Antara yang sempat dirakamkan pada hari tersebut. Penerbangan Pertama seawal pagi kira-kira jam 2 waktu tempatan, para jemaah haji sudahpun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas meskipun jadual penerbangan bertolak pada jam 7.15 pagi. Para jemaah begitu sabar menantikan walaupun terpaksa bersedia 4-5 jam terlebih awal daripada masa yang dijadualkan. Terpapar diwajah Ustaz Hainney bin Hj Hamidon satu pengharapan untuk memperolehi haji yang mabrur untuk dibawa pulang kerana itu adalah impian setiap mukmin yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Haram menunaikan rukun Islam yang keempat

Ini merupakan rakan-rakan sejawat kepada Ustaz Hainney, Ustaz Azmin(Sebelah kiri) & Sir Isfardi
Inilah wajah isteri kepada Ustaz Hainney yang turut menjadi tetamu Allah
Ini adalah keluarga mertua kepada Sir Isfardi yang secara kebetulan satu pesawat bersama Ustaz Hainney
Dan pihak RTB juga sempat membuat liputan secara langsung pada hari tersebut
Jabatan Urusan Haji juga turut hadir di Balai Lambaian. Salah seorang pegawai yang ditugaskan merupakan bekas tenaga pengajar di Ma'had Islam Brunei iaitu Ustaz Harun (Sebelah kiri)

Inilah pesawat yang dinaiki oleh jemaah haji negara kita iaitu pesawat jenis Boieng 767 jika penulis tidak silap yang mana pesawat ini mempunyai keupayaan untuk terbang tanpa henti ke destinasi seperti Europe dan sebagainya. Dan jemaah haji kita pada tahun ini sangat beruntung kerana penerbangan mereka terus saja mendarat ke Kota Medinah Al-Munauwarah
Tibalah saat yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran apabila pesawat berlepas melintasi lapangan terbang hanya dapat dilihat daripada Balai Lambaian
Keadaan ahli keluarga terdekat bertambah sayu apabila mu'azin melaungkan azan ketika kapal terbang berlepas dari landasan

Kedengaran tangisan serta sebak para ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai apabila pesawat hilang dari pandangan mendoakan supaya tetamu Allah selamat pergi dan kembali ke Tanah Air
Didoakan semoga Ustaz Hainney dan isteri serta jemaah-jemaah haji yang lain supaya mereka akan dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna, dikurniakan kesihatan dan dimudahkan segala urusan semasa berada di Tanah Suci dan semoga mereka akan pulang ke Tanah Air dengan memperolehi haji yang mabrur dan membawa seribu kenangan dari Tanah Suci Amin...Ya Rabal Alamin....

No comments: