Sunday, January 25, 2009

Minggu Orientasi

Khamis 08 Januari, Guru2 SAB sangat sibuk menjalankan kegiatan bagi minggu orientasi penuntut2 baru Tahun 5 yang baru saja membuat pendaftaran kelmarin.

Antara kegiatan yang dilaksanakan ialah mengagihkan buku2 teks sekolah sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran pada minggu depan.
(Ustaz Roselyzan) mengagihkan buku2 teks kepada para penuntut. Busy saja usulnya......

Kemudian para penuntut diarahkan untuk berkumpul di surau bagi tujuan penerangan budaya sekolah Arab Belait iaitu melancarkan dan menghafaz Doa perkumpulan pagi & Al-Asmaul Husna yang sentiasa dibaca pada setiap perkumpulan pagi rabu


Inilah wajah2 penuntut baru yang belum lagi diketahui nama2 mereka


Ini pula gambar candid yang diambil semasa perkumpulan tersebut, bermacam2 karenah yang dapat disaksikan...... tengoklah sendiri....

Cerianya mereka ni............
Ini pula penuntut Tahun 6 yang sememangnya suka posing jika gambar mereka diambil

Ida Faizah promo gelang..?? Sesiapa yang berminat bolehlah bertanya kepada Ida....he...he..
(Ustaz Rahimi) Membimbing para penuntut membawakan Nasyid Al-Asmaul Husna. Beliau adalah merupakan seorang Guru Seni Al-Quran yang baru sahaja ditugaskan di SAB. Nak komen suara beliau..??? No komen.... Power habis.....

Aktiviti di hari tersebut diteruskan lagi dengan persembahan Tausyeh penuntut Tahun 6, yang bertujuan untuk mendedahkan sebahagian aktiviti yang akan diserapkan kepada penuntut baru


Tengok tu..... memang memukau dan menarik minat para penuntut baru.



Di sebelah petang pula aktiviti diteruskan dengan peraduan menghafaz ayat2 Lazim yang juarai oleh (Siti Khadijah) dan peraduan Azan Subuh bagi penuntut lelaki yang dijuarai oleh (Md.Habree).
Peraduan ini bertujuan bagi mencungkil bakat para penuntut2 baru yang akan diserapkan di dalam kegiatan ko-korikulum sekolah bagi mewakili SAB suatu hari nanti

Kepada semua penuntut Tahun 5 diucapkan tahniah dan selamat menikmati pembelajaran di Sekolah Arab Belait

No comments: