Sunday, January 25, 2009

Pendidikan Jasmani

Sabtu 10 Januari 2009: Hari ini adalah merupakan hari terakhir minggu orientasi bagi penuntut baru, dan antara aktiviti di hari tersebut ialah pendidikan jasmani

Membuat pemanasan badan sebelum melakukan Stretching


Perancangan asal pendidikan jasmani akan di adakan di tempat terbuka tetapi memandangkan hujan mulai turun maka para penuntut diarahkan untuk beredar ke dewan

Ahh....buat betul2 jangan ada yang inda membuat

Bermacam2 teknik gerakan (Stretching) dilakukan di pagi tersebut hasil daripada Kursus Pendidikan Jasmani yang diberikan pada bulan Disember lepas kepada Guru2
yang akan mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah2 Arab Pendidikan Jasmani akan dapat memdedahkan kepada para penuntut akan kepentingan melakukan pemanasan badan (warm up) & kelenturan badan (Stretching) sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan bagi menghindari sebarang kecederaan ringan. Dan matlamat utama SAB ialah untuk melahirkan para penuntut yang sihat, cergas dan sihat tubuh badan...Amin...

Minggu Orientasi

Khamis 08 Januari, Guru2 SAB sangat sibuk menjalankan kegiatan bagi minggu orientasi penuntut2 baru Tahun 5 yang baru saja membuat pendaftaran kelmarin.

Antara kegiatan yang dilaksanakan ialah mengagihkan buku2 teks sekolah sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran pada minggu depan.
(Ustaz Roselyzan) mengagihkan buku2 teks kepada para penuntut. Busy saja usulnya......

Kemudian para penuntut diarahkan untuk berkumpul di surau bagi tujuan penerangan budaya sekolah Arab Belait iaitu melancarkan dan menghafaz Doa perkumpulan pagi & Al-Asmaul Husna yang sentiasa dibaca pada setiap perkumpulan pagi rabu


Inilah wajah2 penuntut baru yang belum lagi diketahui nama2 mereka


Ini pula gambar candid yang diambil semasa perkumpulan tersebut, bermacam2 karenah yang dapat disaksikan...... tengoklah sendiri....

Cerianya mereka ni............
Ini pula penuntut Tahun 6 yang sememangnya suka posing jika gambar mereka diambil

Ida Faizah promo gelang..?? Sesiapa yang berminat bolehlah bertanya kepada Ida....he...he..
(Ustaz Rahimi) Membimbing para penuntut membawakan Nasyid Al-Asmaul Husna. Beliau adalah merupakan seorang Guru Seni Al-Quran yang baru sahaja ditugaskan di SAB. Nak komen suara beliau..??? No komen.... Power habis.....

Aktiviti di hari tersebut diteruskan lagi dengan persembahan Tausyeh penuntut Tahun 6, yang bertujuan untuk mendedahkan sebahagian aktiviti yang akan diserapkan kepada penuntut baru


Tengok tu..... memang memukau dan menarik minat para penuntut baru.



Di sebelah petang pula aktiviti diteruskan dengan peraduan menghafaz ayat2 Lazim yang juarai oleh (Siti Khadijah) dan peraduan Azan Subuh bagi penuntut lelaki yang dijuarai oleh (Md.Habree).
Peraduan ini bertujuan bagi mencungkil bakat para penuntut2 baru yang akan diserapkan di dalam kegiatan ko-korikulum sekolah bagi mewakili SAB suatu hari nanti

Kepada semua penuntut Tahun 5 diucapkan tahniah dan selamat menikmati pembelajaran di Sekolah Arab Belait

Friday, January 9, 2009

Pendaftaran Penuntut Baru 2009

Rabu, 07 Januari 2009, Jam 7.30 : Hari ini adalah merupakan hari yang paling sibuk buat SAB kerana hari ini adalah merupakan hari pendaftaran penuntut baru 2009 pengambilan yang ke-4. Para penuntut baru ini juga akan mengikuti program pendidikan SPN21 yang membawa kepada kelas (Tahun 5) dan tidak lagi menggunakan perkataan (I'dadi 1).
Ustaz Hayrol & teacher Masniah sibuk membuat pendaftaran para penuntut baru

Ustaz Roselyzan & Ustazah Norahati juga menghadapi situasi yang sama

Dimana para ibubapa sedang menunggu giliran untuk membuat pendaftaran bagi anak2 mereka. Sambil2 menunggu giliran sempat juga beberapa orang ibubapa penjaga yang posing untuk tatapan SAB..


Keramaian penuntut baru ini ialah seramai 39 orang dimana (18 org penuntut lelaki) & (21 org daripadanya adalah penuntut perempuan)
Ustaz Mustaqim (Guru Seni Al-Quran) yang dipinjam daripada Mahad Islam Brunei juga datang ke Majlis pendaftaran tersebut. Dan Ustaz (Rahimi bin Hj.Timbang) adalah merupakan guru seni Al-Quran yang baru sahaja diberikan kepada SAB dan baru sahaja melaporkan diri dihari tersebut
Ustaz Hainney bersiap sedia untuk memulakan taklimat kepada ibubapa di samping (Hurairah) salah seorang kakitangan JPI BSB yang memantau dan memerhati perjalanan pendaftaran dihari tersebut

Selesai sahaja taklimat & doa selamat, para ibubapa dan penuntut dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh SAB.


Seterusnya para ibubapa & penuntut dibawa melihat sekitar kawasan dan bangunan SAB bagi melihat lebih dekat lagi dimanakah anak2 mereka akan ditempatkan
SAB Staff crew sempat bergambar walaupun hakikatnya sedang sibuk .....Tengoklah penuntut Tahun 6 SAB ni, tidak sedap duduk kerana ingin melihat dan mengenali lebih dekat lagi penuntut baru......
Para ibubapa juga dibawa melihat kelas anak mereka, bilik ICT, library dan sebagainyaThanks to Anisah, Adibah & ALifah kerana berkesudian menjadi penyambut tetamu
Mereka ini dikhabarkan telah bertemu semula setelah sekian lama tidak bersua. Siapa yang jejak kasih ni?? parentnya kah or anaknya ?? Jadinya kebetulan bertemu jodoh di SAB dan tidak membuang peluang untuk bergambar
Teacher Masniah & Ustazah Norahati, minum & makan kuih saja..? kesian. Terpancar keletihan daripada raut wajah durang ani.....
Kepada ibubapa/penjaga & penuntut yang telah berjaya menjadi warga SAB kami ucapkan tahniah.... semoga anak biskita akan memperolehi kejayaan ...Amin....

Thursday, January 8, 2009

Persiapan Pendaftaran Penuntut Baru 2009

Selasa, 06 Januari 2009, Warga SAB meneruskan lagi kempen kebersihan pada hari ini sebagai persiapan bagi menyambut kedatangan penuntut baru 2009 yang akan membuat pendaftaran pada keesokan harinya.Oleh kerana banyak tempat yang perlu dibersihkan maka terpaksalah guru2 & penuntut2 berpecah supaya kerja2 pembersihan lebih cepat diselesaikan.
(Gambar bawah) Adibah, Anisah & Amal sedang membersihkan tandas guru2

Teacher Masniah dan beberapa orang penuntut sedang membersihkan dewan yang akan digunakan di hari pendaftaran nanti

Azizul & beberapa orang rakan sedang melakukan tugas masing2 dengan menyusun kerusi di dewan besar SAB.Ustaz Hayrol membersihkan bilik tempat berwudhu bersama2 dengan para penuntut. Biasalah tu....durang ani kalau inda dipantau lain tia karang durang kerajakan tu.
Silap2 mata durang buat macam GB ani, bemain airkah...atau membersihkan tu ?? Sorry...Jangan mare......he..he..

Inilah baju uniform staff crew SAB...... and student
Sir Isfardi sedang sibuk memasang kipas angin yang baru sahaja dibeli dengan kewangan sekolah.
Ustazah Norahati sedang sibuk menyediakan fail dan perkara2 penting yang berhubung dengan pendaftaran.

Ustaz Hayrol pula sibuk menyiapkan buku catitan solat untuk kegunaan penuntut.
Ustaz Roselyzan (atau Eric casa impian) sedang sibuk menghias meja library dengan sentuhannya yang tiada tandingan.....(kenapa??? Tak percaya..???). Mujurlah ada Sir Isfardi yang dapat membantu menyumbangkan tenaganya at least ringan jua beban....
Thanks To All SAB Staff & Student di atas sumbangan tenaga yang diberikan. Hanya Allah yang dapat membalas budi jasa kalian...

Monday, January 5, 2009

Penggal Pertama Persekolahan 2009

Isnin 05hb.Januari 2009, Jam 8.00 pagi, SAB memulakan Penggal Pertama Persekolahan dengan bacaan Surah Yaasin berserta doanya bagi memohon kesejahteraan, kebaikan, kecemerlangan dan kelancaran para guru dan para penuntut di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan Surah Yaasin disertai oleh seramai 16 orang penuntut Tahun 6 dan 7 orang guru yang mengambil tempat di Bilik ICT SAB

Inilah wajah2 guru2 yang penuh semangat dan keceriaan apabila bermulanya sesi Penggal Pertama Persekolahan

Setelah selesai, aktiviti diteruskan dengan kempen kebersihan sekitar bangunan SAB yang telah ditinggalkan selama hampir sebulan lebih yang sememangnya meninggalkan sedikit sebanyak kekotoran pada bangunan sekolah.Tengoklah tu..... Nabilah sedang menjolok sarang burung yang berada di luar bilik ICT yang sedikit sebanyak menjejaskan pemandangan bagi mereka yang melihatnya dan lalu di situ. Buang sarang tu Nabilah.......Jangan tak buang...........barulah nampak bersih....
Habis sahaja kempen dijalankan kemudian sebahagian penuntut perempuan diarahkan untuk mencop buku teks sekolah lah pula...... Tengoklah Nabilah tu.........Nampak macam letih saja........Ngalih nabilah.....???

Walaupun letih tapi Alifah masih mampu memberikan senyuman ha...ha....
Alifah..... mana buku teks yang hendak dicop tu.....? Tak ada pun....