Saturday, November 8, 2008

SAB Ke Tanah Perkuburan Danau ??

Sabtu 08 November 2008, Jam 9 pagi, Seramai 26 orang penuntut & 5 orang Guru SAB telah berkunjung ke kawasan Tanah Perkuburan Orang2 Islam yang terletak di Kg.Danau bagi membersihkan kawasan tersebut dan ianya adalah merupakan salah satu Projek Amal SAB.

Aktiviti di hari tersebut dimulakan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Hayrol Irwandy bin Hj.Ahmad

Inilah Masjid Kampong Danau yang terletak bersebelahan dengan Tanah perkuburan orang2 Islam

Aktiviti membersihkan kubur dimulakan sebaik sahaja majlis membaca Tahlil selesai, para Guru & penuntut sedang giat melakukan kerja2 pembersihan


Adibah, Syazwani & Nurin sempat posing ....
Bergotong-royong memupuk sikap bekerjasama di dalam diri masing2
Aktiviti di hari tersebut juga disusuli dengan penyampaian wakaf kepada Imam Masjid Danau yang berupa buku Yaasin, peralatan membersih dan sebagainya yang telah disumbangkan oleh Guru2, ibubapa dan penjaga penuntut
Para penuntut berpeluang menyampaikan sendiri wakaf kepada Imam Masjid Danau

Kini tibalah masa yang dinanti2kan iaitu acara makan setelah penat melakukan tugasan.

Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah menyumbangkan makanan & minuman kepada Guru2 serta penuntut di pagi itu


Cikgu Isfardi bersama Pegawai dan Imam Masjid Kampong Danau yang turut meluangkan masa mereka melihat kegiatan yang dijalankan oleh SAB
SAB bergambar ramai dengan Pegawai dan Imam Masjid Kampong Danau


Kubur adalah merupakan destinasi kita seterusnya.... dengan mendekatkan diri kepada kegiatan begini akan sentiasa mengingatkan kita kepada kematian yang akan dirasai oleh setiap insan.

Renungan :Rasulullah pernah bersabda : Carilah harta di dunia ini seolah2 kamu akan hidup selamanya, dan beramal ibadatlah kamu seolah2 kamu akan mati pada esok hari

No comments: