Friday, November 21, 2008

Lawatan ke Kolam Ternakan Udang


Rabu 19.11.2008, jam 11.30 pagi, rombongan SAB meneruskan lawatan kesalah sebuah kolam ternakan udang (Rostris) yang terletak di kg.Keramut Danau Tutong.


Sir Isfardi bergambar dengan pengurus Syarikat Asilati Sdn.Bhd (Mohammad Fadullah Dani)

Mendengarkan penerangan ringkas mengenai penubuhan, pemilik dan jenis udang yang diternak di kolam tersebut yang telah disampaikan oleh pengurus syarikat Asilati Sdn.Bhd


Selepas itu rombongan SAB dibawa menuju ke kolam ternakan udang untuk melihat lebih dekat bagaimanakah jenis rupa udang yang diternak di kolam ini

Pengurus Syarikat terus memberikan penerangan demi penerangan bagi menjawab segala pertanyaan daripada guru2 SABRombongan SAB telah sampai ke destinasi yang telah diaturkan
Inilah salah satu kolam ternakan udang yang telah kami kunjungi untuk melihat sendiri ternakan yang terdapat di dalam kolam tersebut
Penuntut2 SAB menanti penuh kesabaran
Begitu juga dengan guru2 SAB, sabar itu sebahagian daripada iman...
Saat yang dinanti-nanti telah tiba dimana salah seorang pekerja Syarikat Asilati menebarkan rambat yang digunakan untuk menangkap udang di dalam kolam ternakan
Rambat ditarik perlahan2
Dan hasilnya, inilah dia udang yang ditunggu2 dari tadi, . Wah... nyaman ni kalau disalai....
Dikesempatan itu juga rombongan SAB ditawarkan untuk membeli udang2 tersebut bagi mereka yang berminat. (Ustazah Norahati) aku mau tiga kilo....

Ah... sir Isfardi beli 2 ekor saja....?? cukup kan 2 ..??
Diakhir lawatan tersebut rombongan SAB dihadiahkan buah tangan sebagai tanda ucapan terima kasih si atas kunjungan . GB bukan main iski....
Seperti biasa, bagi mengakhiri lawatan rombongan SAB bergambar ramai dengan pengurus Syarikat Asilati Sdn.Bhd sebagai kenangan
SAB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus Syarikat Asilati Sdn.Bhd di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya di dalam melaksanakan pengurusan seharian

No comments: