Friday, November 21, 2008

Lawatan ke Kolam Ternakan Udang


Rabu 19.11.2008, jam 11.30 pagi, rombongan SAB meneruskan lawatan kesalah sebuah kolam ternakan udang (Rostris) yang terletak di kg.Keramut Danau Tutong.


Sir Isfardi bergambar dengan pengurus Syarikat Asilati Sdn.Bhd (Mohammad Fadullah Dani)

Mendengarkan penerangan ringkas mengenai penubuhan, pemilik dan jenis udang yang diternak di kolam tersebut yang telah disampaikan oleh pengurus syarikat Asilati Sdn.Bhd


Selepas itu rombongan SAB dibawa menuju ke kolam ternakan udang untuk melihat lebih dekat bagaimanakah jenis rupa udang yang diternak di kolam ini

Pengurus Syarikat terus memberikan penerangan demi penerangan bagi menjawab segala pertanyaan daripada guru2 SABRombongan SAB telah sampai ke destinasi yang telah diaturkan
Inilah salah satu kolam ternakan udang yang telah kami kunjungi untuk melihat sendiri ternakan yang terdapat di dalam kolam tersebut
Penuntut2 SAB menanti penuh kesabaran
Begitu juga dengan guru2 SAB, sabar itu sebahagian daripada iman...
Saat yang dinanti-nanti telah tiba dimana salah seorang pekerja Syarikat Asilati menebarkan rambat yang digunakan untuk menangkap udang di dalam kolam ternakan
Rambat ditarik perlahan2
Dan hasilnya, inilah dia udang yang ditunggu2 dari tadi, . Wah... nyaman ni kalau disalai....
Dikesempatan itu juga rombongan SAB ditawarkan untuk membeli udang2 tersebut bagi mereka yang berminat. (Ustazah Norahati) aku mau tiga kilo....

Ah... sir Isfardi beli 2 ekor saja....?? cukup kan 2 ..??
Diakhir lawatan tersebut rombongan SAB dihadiahkan buah tangan sebagai tanda ucapan terima kasih si atas kunjungan . GB bukan main iski....
Seperti biasa, bagi mengakhiri lawatan rombongan SAB bergambar ramai dengan pengurus Syarikat Asilati Sdn.Bhd sebagai kenangan
SAB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus Syarikat Asilati Sdn.Bhd di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya di dalam melaksanakan pengurusan seharian

Wednesday, November 19, 2008

Lawatan Ke DST Tungku Link


Rabu 19hb.November 2008, jam 8.35 pagi, rombongan SAB telah membuat lawatan ke bangunan DST yang terletak di Jalan Tungku.
Pengiran Zahari adalah merupakan ketua perhubungan awan yang bertanggungjawab memberikan taklimat kepada SAB pada pagi tersebut
Mendengarkan taklimat ringkas & tayangan video mengenai bahagian2 DST
Rombongan SAB berpeluang naik ke tingkat 12 bagi melihat sendiri pemandangan & panorama dari atas bangunan DST

Bergambar ramai sebelum menuju ke Studio Kristal FM
Pemandangan UBD dari atas bangunan DST
Senyum betul ke.... atau senyum takut..? pasal ramai yang longgar kepala tuhut bila melihat ke bawah
Ketua bahagian DST Care 151 yang bertanggungjawab ke atas semua aduan pelanggan Dengar dengan teliti briefing yang disampaikan
Menumpukan perhatian terhadap penerangan yang diberikan
Azizul....sempat membuat gimmik menjadi kakitangan DST Care 151
Inilah pemandangan yang dapat dilihat dari dalam lif ketika menaiki & menuruni bangunan DST
A moment 8 da Kristal FM
(DJ Anna) sedang menjalankan tugasan di studio
Salah seorang penuntut SAB diberikan peluang untuk ditemuramah secara (on Air) dengan DJ Anna yang sedang bertugas
Berpeluang melihat sendiri bilik Studio Kristal FM serta bagaimana DJ menjalankan tugasan seharian mereka
Sukanya mereka berada di Studio bersama DJ Kristal FM
Antara DJ Kristal FM yang turut berada di studio semasa lawatan berjalan iaitu DJ Tina
DJ Keejah
Buat cover album ke..???
Bergambar ramai di luar berhampiran Studio Kristal FM
Selepas dari studio Kristal FM rombongan SAB dibawa menikmati jamuan ringan yang telah disediakan
posing sementara menunggu makanan dihidangkan
Bukan main sedap lagi daurang ani makan.... maklumlah, selepas ani kan melawat kolam ternakan udang
Ribuan terima kasih kepada DST kerana telah sudi meluangkan masa untuk menerima kunjungan daripada Sekolah Arab Belait

In da bus

Sunday, November 16, 2008

Sukan Ria Di Taman Rekreasi Anduki, Seria

Guru-guru bergambar ramai dengan Ex SAB students yang turut serta menghadirkan diri pada sukan ria yang bertempat di Taman Rekreasi Anduki, Seria.
Acara Lari Ikat Kaki...sampai ada yang terjungkang
Acara Kereta Sorong...Hearlddey begitu semangat sampai terlangap mulut dan akhirnya dia dan rakannya (Zulhilmy) memenangi acara tersebut
Zainul menyikut Khairul dalam acara Lari Bersikut....kelihatan Khairul begitu seronok maklumlah nda pernah kana sikut masa damit...he..hee
Ini acara Lari Kerbau...seronok lah orang yang menunggang yee haa..yang kana tunggang tersiksa..barat kali ah...
Norhafizah dan Zulaiha dalam acara Lari Ketam...lari menyiring macam ketam
Hamirul mengikuti acara Mengisi Air Dalam Botol...ngalih kali ah berlari ah..tapi akhirnya aku jua yang menang...
Lari Tutup Mata...acara yang mencabar bagi penuntut sampai ada yang terlanggar pagar & terjatuh..nasib baik nda apa2 kabal jua durang ani
Adibah sedang mengepit belon dalam Acara Lari Membawa Belon
Khairul dan Adzlan mengambil bahagian acara Lari Dalam Guni...sampai kan tenangis2 Khairul kegalihan
Adibah Afifah...kalau bab makan bagi saja ia..ini acara Makan Pisang sampai ada yang kesadakan
Sukan Ria tersebut di serikan lagi dengan penyertaan ibubapa penuntut dan yang ini acara Lari Bersikut
Acara di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada ibubapa yang ikut serta dalam salah satu acara sukan pada hari tersebut

Monday, November 10, 2008

Luqman Birthday

Isnin10 November 2008, salah seorang lagi penuntut I'dadi 2 SAB telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-11 tahun.

Inilah kek b'sday Mohd.Luqman yang telah dihadiahkan oleh ibubapa dan adik tersayang

Cikgu Mohd.Roselyzan sedang sibuk mengagih-agihkan kek kepada para penuntut

Jasrul kalau part makan nombor 1, dan Mohd.Izzat control macho ke...? he..he..

Bergambar ramai dengan rakan2 seperjuangan. Hearlddey asyik tengok kek aje.... tak sabar nak makan ke...??
Ahh....! Teacher Masniah makan kek sampai dua pinggan..?? No komen...
Terimalah Pantun daripada GB :
Mohd.Luqman nama diberi,
Menuntut dalam kelas 2 I'dadi,
Kami SAB mengucapkan selamat hari jadi,
Semoga sukses selalu di dalam kehidupan yang ditempuhi.