Saturday, November 8, 2008

SAB Ke Tanah Perkuburan Danau ??

Sabtu 08 November 2008, Jam 9 pagi, Seramai 26 orang penuntut & 5 orang Guru SAB telah berkunjung ke kawasan Tanah Perkuburan Orang2 Islam yang terletak di Kg.Danau bagi membersihkan kawasan tersebut dan ianya adalah merupakan salah satu Projek Amal SAB.

Aktiviti di hari tersebut dimulakan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Hayrol Irwandy bin Hj.Ahmad

Inilah Masjid Kampong Danau yang terletak bersebelahan dengan Tanah perkuburan orang2 Islam

Aktiviti membersihkan kubur dimulakan sebaik sahaja majlis membaca Tahlil selesai, para Guru & penuntut sedang giat melakukan kerja2 pembersihan


Adibah, Syazwani & Nurin sempat posing ....
Bergotong-royong memupuk sikap bekerjasama di dalam diri masing2
Aktiviti di hari tersebut juga disusuli dengan penyampaian wakaf kepada Imam Masjid Danau yang berupa buku Yaasin, peralatan membersih dan sebagainya yang telah disumbangkan oleh Guru2, ibubapa dan penjaga penuntut
Para penuntut berpeluang menyampaikan sendiri wakaf kepada Imam Masjid Danau

Kini tibalah masa yang dinanti2kan iaitu acara makan setelah penat melakukan tugasan.

Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah menyumbangkan makanan & minuman kepada Guru2 serta penuntut di pagi itu


Cikgu Isfardi bersama Pegawai dan Imam Masjid Kampong Danau yang turut meluangkan masa mereka melihat kegiatan yang dijalankan oleh SAB
SAB bergambar ramai dengan Pegawai dan Imam Masjid Kampong Danau


Kubur adalah merupakan destinasi kita seterusnya.... dengan mendekatkan diri kepada kegiatan begini akan sentiasa mengingatkan kita kepada kematian yang akan dirasai oleh setiap insan.

Renungan :Rasulullah pernah bersabda : Carilah harta di dunia ini seolah2 kamu akan hidup selamanya, dan beramal ibadatlah kamu seolah2 kamu akan mati pada esok hari

Sunday, November 2, 2008

Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya Sekolah Arab Belait

Sabtu 01 November 2008, Jam 8.30pagi, Sekolah Arab Belait telah mengadakan Majlis sambutan Hari Guru & sambutan Hari Raya walaupun bulan Syawal telah berlalu memandangkan para penuntut baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun pada minggu lepas.
Adibah Alfian membuka tirai Majlis dengan memberikan kata2 aluan sebagai wakil kepada penuntut SAB

Gambar selanjutnya boleh didapati dilaman web (http://slmanhs.multiply.com/photos/album/42/Majlis_Hari_Raya_Hari_Guru_SAB)

Penuntut2 lelaki I'dadi 1 bersiap bersedia sebelum membuat persembahanPenuntut I'dadi 2 (Hamirul, Zulhilmi & Md. Luqman) menunggu giliran untuk membuat persembahan
Sebahagian penuntut perempuan (Nabilah, Adibah & anakbuah GB..?)
Terima kasih di atas kehadiran para ibubapa, penjaga yang juga turut sama memberikan sokongan dalam menjayakan majlis tersebut

Sebahagian ibu para penuntut sempat merapatkan lagi hubungan sesama mereka dan saling kenal mengenali di antara satu sama lain, yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan (itulah antara hasrat SAB)

GB SAB (Ustazah Rohani) dengan anak buah tersayang. Namanya siapa......? boleh kenalan....?

Antara yang dijemput hadir di hari tersebut ialah Ustazah Rina binti Talib & Ustaz Khairullah yang merupakan tenaga pengajar yang pernah menjalankan latihan mengajar pada bulan Mei hingga Julai yang lalu

Penuntut2 SAB mempersembahkan lagu sempena Hari Guru
Persembahan Tausyeh (Astaghfirullah) daripada penuntut perempuan
Sebahagian Guru sedang memantau kelancaran persembahan disepanjang majlis dijalankan
Terima kasih juga diucapkan kepada jurugambar jemputan (maman - http://lensamaman.blogspot.com ) yang berkesempatan meluangkan masa disepanjang acara dijalankan.

Terima kasih daun keladi,
Kalau ada majlis datanglah lagi gambar kami..he...he..

Lawatan Ke Pameran Sempena Ulang Tahun ke-50 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Khamis 30 Oktober 2008, Jam 8.30 pagi, Rombongan Sekolah Arab Belait yang terdiri daripada Guru Besar, guru2 dan penuntut2 telah membuat lawatan ke Pameran Sempena Ulang Tahun ke-50 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang berlangsung selama 2 bulan di Muzium Kota Batu

Saturday, November 1, 2008

Pemeriksaan Kesihatan

Isnin 27 Oktober 2008, Jam 8.30 pagi, SAB telah dikunjungi oleh beberapa orang kakitangan pusat kesihatan Belait bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap penuntut2 SAB
Para penuntut sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan

Di antara pemeriksaan yang dibuat terhadap penuntut ialah pemeriksaan mata

Ustazah Rosmahwati sedang membuat pemeriksaan tekanan darahAi... GB pun ambil kesempatan.... dan sedang diperhatikan oleh Ustazah Norahati
Menerima pemeriksaan daripada Doktor yang bertugas
Apabila nampak barang ni... banyak penuntut yang tidak sedap duduk memikirkan nasib yang akan mereka lalui.
Kalau tak percaya, inilah buktinya. Bermacam2 karenah yang sempat dirakamkan di hari tersebut, hingga ada yang terpaksa memejamkan mata...... bagi menikmati rasa apabila diberikan suntikan


Sakit ke Syazwani ??? he..he....
Alifah cool sahaja.....Tak sakit pun...... Adibah masih mampu tersenyum
Nabilah nak menangis..?? Sakit tuu......
Ida Faezah ketakutan ?? Nasib baik ada rakan (Hafizah) yang dapat membantu menenangkan keadaan. Hati2 Hafizah, nanti kena gigit tangan.....
Ini pula karenah penuntut lelaki, jangan ingat kaum lelaki ni semuanya gagah...
Ada yang sampai tak tetap duduk apabila diberikan suntikan
Dan ada yang sampai ternganga mulut.....

PIC of the day... Alahai.. cutenya muka...

Rumah Terbuka Ustaz Hayrol

Jumaat 24 Oktober 2008, Jam 2 petang, Ustaz Hayrol Irwandy telah membuat rumah terbuka sempena Hari Raya pada tahun ini kepada kaum keluarga beliau, kenalan dan rakan2 setugas
GB SAB (Ustazah Rohani), Cikgu Noraini & Cikgu Zuriany (bekas tenaga pengajar SAB) di antara yang hadir di hari tersebut
Cikgu Isfardi & Roselyzan juga tidak melepaskan peluang untuk hadir
Di antara para tetamu yang hadir