Wednesday, October 8, 2008

Salam Mesir


Gambar ini adalah kiriman daripada Ustazah Hjh.Noramalina pada 03hb.Oktober yang lalu (Jumaat) yang pada masa ini sedang mengikuti kursus Bahasa Arab Di Mesir, buat tatapan para warga SAB sebagai pengubat rindu.
Beliau juga mengucapkan "bittaufiq wannajah" kepada I'dadi 2 yang akan menghadapi peperiksaan PSR pada hari Sabtu ini dengan pesanan "jawab soalan bisai2". Ustazah Hjh.Noramalina bergambar dengan Ibubapa beliau, suami tercinta, anak yang tersayang dan 2 orang rakan yang juga menjalani kursus sepertinya yang sedang berkhidmat sebagai tenaga pengajar Di Mahad Islam Brunei.

Monday, October 6, 2008

Persekolahan Penggal Ke-4

Seperti kebiasaannya, SAB memulakan sesi Persekolahan Penggal ke-4 dengan bacaan Surah Yaasin

Penuntut2 SAB sedang membaca Surah Yaasin




Guru Besar & Guru2 SAB turut serta di dalam aktiviti tersebut


Aktiviti di hari tersebut juga diteruskan dengan kempen kebersihan kawasan sekolah setelah bercuti hampir 3 minggu

Para penuntut kelihatannya bersemangat membersihkan tempat berwudhu


Para Guru juga tidak mahu ketinggalan di dalam memberikan sumbangan tenaga di dalam sama2 menjayakan kempen tersebut


Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & Batin
Kepada semua umat Islam Amnya,
& warga SAB khasnya, Pegawai2, Guru2, rakan2 sekerja
& semua penuntut SAB Serta Ex-SAB dimana jua berada.
Mohon Ampun & Maaf, halalkan segala makan & minum.
Maafkan jika ada sebarang kesalahan disepanjang pergaulan &
menjalankan tugas seharian.
From me : Asny741

Friday, September 19, 2008

10 PETUA HADAPI PEPERIKSAAN


Bagi pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan PSR pasti berdebar-debar menunggu tarikh peperiksaan pada bulan Oktober ini. Berikut diberikan 10 petua sebagai panduan bagi pelajar menghadapi peperiksaan:

1. JANGAN PANIK
Mulakan langkah dengan kaki kanan dan membaca basmallah. Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh menjawabnya.


2. KAJIAN TERHADAP TOPIK DAN PEMETAAN MAKLUMAT
Semak sama ada anda memenuhi sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Ini bagi memudahkan anda memahami bab berkenaan.



3. SEMAK SOALAN TAHUN LALU (SETIAP SUBJEK)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemak soalan tahun lepas untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan. Dengan menyemak soalan-soalan peperiksaan lalu, dapat membantu anda mengetahui soalan yang sebenar.

4. BANYAKKAN PEMBELAJARAN SECARA OUTPUT LEARNING
Bagi persiapan di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran. Secara tidak langsung anda dan rakan anda sama-sama belajar dan mengetahui tentang perkara yang diulang kaji.


5. MEMPERBANYAKKAN LATIH TUBI DAN UJIAN SIMULASI
Satu cara untuk menguji sejauh mana kefahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latih berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah. Malah dengan cara ini dapat mendisiplinkan anda menjawab soalan peperiksaan dengan lebih yakin mengikut ketetapan masa yang diperuntukkan.

6. NOTA RINGKAS
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan pada waktu terluang seperti ketika menunggu waktu balik.


7. PASTIKAN MENDAPAT TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
Biar sibuk mana sekalipun dan penat mengulang kaji pelajaran, anda perlu mendapat tidur dan rehat secukupnya. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

8. PEMAKANAN BERKHASIAT DAN SEIMBANG
Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan kesihatan dan kecerdasan tubuh badan. Elakkan mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafien kerana anda mungkin sukar untuk tidur dan akan hilang tumpuan.




9. KAWAL EMOSI
Anda perlu pertimbangan wajar dalam mengawal emosi. Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi terutama pada saat akhir anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan dan hilang tumpuan ketika menjawab soalan kelak.




10. BANYAKKAN BERDOA DAN BERSOLAT
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Anda perlu memperbanyakkan solat tahajud dan berdoa memohon bantuan dariNya. Akhir sekali bertawakallah kepada Allah SWT atas segala usaha yang telah anda lakukan. Sebelum melangkah keluar dari rumah, pohonlah kemaafan dan keredaan daripada kedua ibu bapa. Begitu juga sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan dari guru.

Wednesday, September 17, 2008

Zoom In 2 SAB Intake

Intake SAB
Pengambilan Tahun 2005/2006

Intake SAB
Pengambilan Tahun 2007/2008

Intake SAB
Pengambilan Tahun 2008/2009

Tuesday, September 16, 2008

Solat Hajat Berjemaah.....

Isnin 15 September 2008, Jam 12.15 tengahari, bertempat di Masjid Zainab Lumut, SAB telah membuat aktiviti berupa Solat Hajat berjemaah sebagai persiapan awal penuntut di dalam menghadapi peperiksaan PSR & Akhir Tahun yang akan datang.


Guru & penuntut perempuan bersedia sebelum menunaikan solat Zuhur

Sebahagian penuntut perempuan yang turut sama menjayakan aktiviti tersebut

Aktiviti tersebut juga diikuti dengan penyerahan derma kepada salah seorang penuntut SAB ( Fatin Farhana ), derma tersebut disumbangkan oleh Pegawai2, Guru2 & penuntut2 SAB.


Begitu indahnya Rumah Allah

Mohammad Luqman bersama adik & ayah tercinta yang juga sama2 memberikan sokongan

Ustaz Hj.Mohd.Roselyzan & Mohd.Isfardi yang kelihatan tidak sabar untuk mengerjakan solat Zuhur & solat Hajat berjemaah

Ya Allah, berikanlah kejayaan ke atas kami... AMIN...

Sedang menunggu untuk mengerjakan solat

"Saya terima nikahnya... eh salah Tuan Imam, ini zakat fitrah saya pada tahun ini bersama tanggungan saya seramai seorang kerana Allah Taala..." Mengambil kesempatan untuk membayar Zakat Fitrah.

Saturday, September 13, 2008

Saat-saat terharu..............