Sunday, September 7, 2008

Aktiviti SAB di bulan Ramadhan


Sempena Bulan Ramadhan ini SAB tidak melepaskan peluang untuk merebut kelebihan beramal di bulan Ramadhan dengan mengadakan aktiviti membaca Al-Quran pada setiap pagi dari pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Penuntut2 diketuai & dipantau oleh indung angkat masing

SAB kehilangan seorang tenaga pengajar ??


Sabtu 06 September 2008, Jam 11:15 Pagi, satu majlis perpisahan telah berlangsung di Surau SU.Sg.Taring Lumut bagi meraikan seorang tenaga pengajar yang akan mengikuti kursus selama tempoh satu tahun di International Language Institute Kaherah Mesir dalam bidang Bahasa Arab.Beliau akan meninggalkan Negara Brunei pada 11 September ini.

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Hjh.Noramalina Binti Hj.Md.Ali kerana telah terpilih untuk mengikuti kursus tersebut. Semoga berjaya.......

Guru Besar SAB (Ustazah Rohani binti Hj. Moksin) menyampaikan cenderamata kepada Guru yang diraikan

Putera2 SAB yang turut sama menjayakan majlis tersebut

Beginilah keadaan sebahagian penuntut perempuan yang sebilangannya tidak dapat mengawal emosi mereka, sedihnya.........biasalah tu.... orang perempuan

Salah seorang penuntut SAB (Abd.Matin) sempat memberikan sedikit kata-kata ucapan

Friday, September 5, 2008

Nasihat untuk PELAJAR..


Jika anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar.

Jika anda menuntut ilmu,
Jangan sekali berasa jemu.


Jika rajin mengulang kaji,
Mudah jawab apa diuji.

Jika anda hendak berlatih,
Mesti tahan penat letih.


Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.


Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.

Jika belajar tidak jemu,
Banyak ilmu akan ditemu.

Apa gunanya banyak bercakap,
Jika kerja tidak cekap.


Jika suka ponteng sekolah,
Ilmu tidak dapat tentu rugilah.


Berusaha dengan bersungguh-sungguh,
Jangan suka tangguh-tangguh.

Jika tak mahu dengar nasihat,
Apabila besar jadi jahat.

Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa sayang dan kasih.


Banyak membaca fikiran kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya.


Jika tulisan tidak boleh dibaca,
Mata pemeriksa akan berkaca.

Masa itu emas dan wang,
Walaupun sedikit jangan dibuang.

Jangan nanti esok lusa,
Masa beredar tanpa dirasa.

Jika leka sering bersuka,
Tidak hairan datang celaka.


Jika rajin membaca buku,
Otak cerdas tidak beku.

Jangan mudah putus asa,
Semua harapan hancur binasa.

Jika anda bekerja kuat,
Banyak perkara boleh dibuat.

Budi bahasa amat berharga,
Tingkah laku wajib dijaga.

Sudah tahu belajar lagi,
Banyak untung tiada rugi.

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

IF U THINK....


If you think you are beaten, you are
If you think you dare not, you don't.
If you like to win, but you think you can't,
It is almost certain you won't.

If you think you'll lose, you're lost,
For out in the world we find,
Success begins with a fellow's will -
It's all in the state of mind.

If you think you are outclassed, you are,
You've got to think to rise,
You've got to be sure of yourself before
You can ever win a prize.

Life's battles don't always go
To the stronger or faster man,
But sooner or later the man who wins
Is the man WHO THINKS HE CAN!

Tuesday, September 2, 2008

Peraduan Tulisan Jawi

Khamis 28 Ogos 2008, Jam 3.15 petang, satu majlis penyampaian hadiah kepada para peserta peraduan tulisan jawi telah berlangsung di Sekolah Ugama Beribi.

Mohd.Noorhearlddey diberikan hadiah saguhati &
penghargaan di dalam peraduan tersebut.

Monday, September 1, 2008

Peristiwa Dalam Bulan Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan ketenangan. Pada bulan ini, umat Islam digalakkan untuk membuat amal ibadat dan kebajikan kerana setiap amalannya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Rasullullah SAW menyatakan, “Barang siapa mengerjakan suatu fardhu pada bulan Ramadan, sama dengan mengerjakan 70 fardhu pada bulan-bulan lain”. Tahukah anda peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadan?



Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan 8 Hijrah. Kemenangan Rasullullah SAW menakluk kembali Kota Mekah menjadi titik permulaan perkembangan Islam di seluruh dunia.


Peperangan Badar
Peristiwa Peperangan Badar telah berlaku pada 17 Ramadan 2 Hijrah. Peperangan Badar merupakan peperangan pertama yang dimenangi umat Islam di mana Rasullullah sendiri mengetuai pasukan tentera seramai 313 orang. Pada tahun ini juga Allah telah mewajibkan umat Islam berpuasa.

Nuzul Al-Quran
Nuzul Al Quran disambut sebagai memperingati hari turunnya wahyu iaitu Al Quran. Al Quran mula diturunkan pada malam Jumaat 17 Ramadan. Surah Al ‘Alaq merupakan surah pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril.

Lailatul Qadar
Lailatul Qadar yang bermaksud ‘malam ketetapan’ merupakan malam yang terbaik dari seribu malam. Malam Lailatul Qadar hanya terjadi suatu malam pada bulan Ramadan. Pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, umat Islam digalakkan berjaga sepanjang malam dengan beribadah kepadaNya.