Tuesday, January 12, 2010

Pendaftaran Penuntut Baru 2010

Hari : Rabu
Tarikh : 06 Januari 2010
Jam : 8.00 pagi
Lokasi : Dewan SU.Sg.Taring
Seramai 7 orang penuntut lelaki dan 9 orang penuntut perempuan telah mendaftarkan diri mereka sebagai pelajar baru yang akan menuntut di Sekolah Arab Belait. Seawal pagi lagi sekitar 7.00 pagi para ibubapa & penjaga sudah menghadirkan diri bagi mendaftarkan anak2 mereka.

Para ibubapa & penjaga diberikan taklimat ringkas yang berkaitan dengan hal ehwal sekolah, taklimat daripada bahagian latihan & dermasiswa, bahagian permakanan dan hala tuju Sekolah-sekolah Arab




Para ibubapa seterusnya dibawa meninjau kawasan sekolah, penempatan bilik darjah bagi anak2 mereka dan kemudahan2 yang terdapat di sekolah ini.


Sekolah Arab Belait mengucapkan tahniah dan selamat mengikuti pembelajaran di sekolah kami

Sila klik di sini ini untuk gambar seterusnya



No comments: