Thursday, June 18, 2009

Lawatan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama

Hari : Rabu
Tarikh : 17 Jun 2009
Jam : 9.20 Pagi
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman telah membuat lawatan ke Sekolah Arab Belait & Sekolah Ugama Sungai Taring.
Acara di pagi itu dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai hal ehwal sekolah masing-masing

Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman meninjau keadaan dewan sekolah dan melihat sendiri keadaan dan isu-isu yang berbangkit mengenai kerosakan bangunan

Yang Mulia Setiausaha Tetap KHEU juga berkesempatan meninjau Bilik Pentadbiran, Bilik Guru & Bilik Guru Besar Sekolah Arab Belait Beliau juga sempat bersua muka dengan beberapa orang penuntut SAB yang kebetulan menjalankan latihan tahlil bagi pertandingan yang akan berlangsung pada bulan Julai ini

Semoga dengan adanya kunjungan ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada warga Sekolah Arab Belait di masa akan datang..Amin..

No comments: