Sunday, February 22, 2009

Majlis Penutup Bengkel Dikir Brunei

Khamis 19.02.2009, Jam 9.30 pagi : telah berlangsung penutup dan penyampaian sijil Bengkel Dikir Brunei bagi guru2 ugama lelaki seluruh negara kali ke-4 yang berlangsung di Masjid Mohammad Bolkiah Kg.Serusop

Inilah buku Dikir Brunei yang diberikan secara percuma kepada setiap ahli peserta bengkel

Sijil penyertaan telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berbahagia Awg Hj.Mohammad Mahdi Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj.Abd Rahman, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama

Salah satu Cenderamata kenangan yang telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Dikir Brunei iaitu Awg.Hj.Muslim kepada Tetamu Kehormat majlis

Penyampaian cenderahati kenangan & penghargaan daripada wakil kumpulan kepada Fasilitator Bengkel Dikir Brunei

Tetamu kehormat majlis, para fasilitator dan peserta bengkel bergambar ramai di hadapan Masjid Mohammad Bolkiah yang juga merupakan pusat Pengajian Dikir

Beberapa orang peserta yang mewakili sekolah2 Arab yang turut terlibat di dalam bengkel ini

Sebahagian fasilitator yang telah menjadi tenaga pengajar disepanjang bengkel dijalankan
Para peserta terdiri daripada berbilang peringkat umur

Melalui Bengkel ini diharap akan dapat menggalakkan para guru ugama supaya terus mempelajari Dikir Brunei ini dengan lagu2 asli warisan Brunei sesuai dengan keperluan atau hajat orang ramai bagi menyerikan majlis seperti Majlis berdikir sempena Maulidul Nabi Muhammad SAW, mandi berlawat, majlis kesyukuran kepulangan dari menunaikan fardhu haji, majlis pindah rumah, majlis berbedak dan sebagainya.

No comments: