Thursday, August 28, 2008

Projek Kemasyarakatan Sosial BLNG

Pada hari Sabtu 16hb. Ogos yang lalu, BLNG telah menganjurkan Projek Kemasyarakatan yang bertempat di Kelab Rekreasi Liang Lumut. Orang ramai termasuk penuntut-penuntut dari Sekolah Ugama dan Arab di jemput hadir bagi memeriahkan lagi projek berkenaan. Di antara aktiviti yang di adakan pada hari tersebut ialah pameran dari jabatan-jabatan kerajaan, pameran dari spesis penyu, kuiz , tunjuk cara pengunaan alat pemotong kenderaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sebagainya.


Ustaz Hj. Md. Roselyzan & Teacher Dk. Hjh. Masniah
Guru-Guru dan Penuntut-Penuntut dari Sekolah Arab Belait bergambar ramai di depan Perkarangan
Kelab Rekreasi Liang Lumut.

Qistina dan Norafedah bermain Wheel Of Furtune untuk memenangi hadiah
setelah berjaya menjawab soalan kuiz.


Cemana ? Boleh jadi ahli bomba kah??....

Sebahagian daripada gambar dan aktiviti yang di adakan pada hari tersebut.
Projek tersebut berakhir pada jam 3.30 ptg dan penuntut-penuntut balik ke sekolah dengan menaiki bas yang di sewa oleh BLNG. Bye-bye semua mudahan kami dapat peluang macam ani lagi.......
Sila layari laman web "Projek Kemasyarakatan Sosial BLNG" untuk gambar yang selanjutnya.

No comments: