Wednesday, July 21, 2010

KDYMM bersama rakyat Daerah Belait (Bhg.1)

Hari : Sabtu
Tarikh : 17 Julai 2010
Jam : 10.15 pagi

Hari ini adalah merupakan hari yang sangat bertuah bagi penduduk Daerah Belait kerana Raja yang dicintai Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli bersama rakyat bersempena hari Keputeraan Baginda yang ke-64

Ketibaan KDYMM dimeriahkan dengan pengebaran bendera kecil Negara Brunei Darussalam oleh penuntut-penuntut sekolah rendah kerajaan dan swasta

Ketibaan Baginda menghangatkan & memeriahkan lagi suasana

Sejurus ketibaan Baginda lagu kebangsaan dimainkan yang membakar lagi semangat para hadirin yang turut menjayakan Majlis tersebut

Antara acara yang dipersembahkan ialah Perlawanan Akhir tarik kalat diantara pasukan Daerah Brunei Muara dengan pasukan Daerah Belait dimana Daerah Belait terpaksa akur kepada lawan mereka

Acara diserikan lagi dengan persembahan Nasyid & Coir daripada gabungan Penuntut-penuntut Sekolah Arab Belait, Sekolah Ugama Paduka SOAS, JKR & Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah

Inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata yang memang sudah datang pada awal pagi lagi semata-mata untuk bersalaman dengan Raja yang dikasihi

Penuntut-penuntut Sekolah Arab Belait berkesempatan bersalaman setelah selesai membuat persembahan mereka
Ustaz Roselyzan merupakan salah seorang pengawas persembahan yang terlibat dihari tersebut

SAB mengucapkan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik, semoga dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah negara...Amin...

Saturday, July 3, 2010

Lawatan Menteri Hal Ehwal Ugama

Hari : Isnin
Tarikh : 28 Jun 2010
Jam : 1.15 Petang

Sekolah Arab Belait telah dikunjungi oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr.Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Awang Haji Mohammad Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman

Aturcara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah kemudian taklimat daripada Guru Besar Sekolah Ugama Sungai Taring (Ustaz Ismail bin Ali), kemudian Taklimat daripada Guru Besar Sekolah Arab Belait (Ustazah Rohani binti Haji Moksin) yang berhubung dengan sejarah ringkas penubuhan sekolah, statistik keramaian penuntut & Guru serta kemudahanan yang terdapat di sekolah ini

Yang Berhormat Menteri juga berkesempatan melawat bangunan gunasama Sekolah Arab Belait. Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah bilik ICT




Yang Berhormat Menteri berkesempatan menyaksikan Presentation yang disampaikan oleh penuntut2 Tahun 6 di dalam matapelajaran English


Yang Berhormat Menteri sempat berbincang dan bertanyakan masalah2 yang dihadapi oleh Guru2 di dalam matapelajaran2 tertentu

Timbalan Menteri mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan sebahagian penuntut Sekolah Arab Belait
Sekolah Arab Belait mengucapkan setinggi2 terima kasih di atas kunjungan Yang Berhormat Menteri,Yang Mulia Timbalan Menteri, Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama beserta rombongan Pegawai2 dari Jabtan Pengajian Islam. Semoga lawatan ini akan menjadi satu titik tolak perubahan yang akan dikecapi pada masa2 akan datang, Amin...




Klik Di sini untuk koleksi Gambar


Tuesday, June 8, 2010

Hari : Rabu
Tarikh : 02 Jun 2010
Jam : 7.15 pagi
Sudah menjadi rutin Guru2 & penuntut2 untuk berkumpul pada setiap pagi Rabu bagi menyanyikan Lagu Kebangsaan, membaca Doa, mendengarkan nasihat daripada Guru dan sebagainya.

Mulai bulan April yang lalu pihak sekolah membuat perubahan format penuntut yang mengetuai perbarisan pagi & yang menyampaikan syarahan akan dipertandingkan di antara sesama mereka. Tujuannya ialah untuk menggalakkan para penuntut bersaing secara sihat, berani bercakap di hadapan orang ramai dengan lantang, jelas dan mempunyai kewibawaan sebagai seorang pemimpin.

Ketua perbarisan yang terbaik pada bulan Mei dianugerahkan kepada Mohammad Firdaus

Dan penyampai syarahan Bahasa Inggeris terbaik bagi bulan Mei dianugerahkan kepada Nurafiqah
Bagi penuntut yang tidak berjaya diharap akan dapat mencuba lagi jika ada peluang di masa akan datang

Sunday, May 23, 2010

Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang BLNG 2009

Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Mei 2010
Jam : 9.00 pagi
Lokasi : Kelab Rekreasi Liang Lumut
Pada tahun ini Brunei LNG sekali lagi menganjurkan Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dari seluruh negara yang telah dikendalikan oleh Sekolah Rendah Lumut.
Tetamu Kehormat di majlis tersebut Awang Haji Mohammad Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman

Pada tahun ini bukan sahaja para pelajar yang telah dianugerahkan hadiah akan tetapi tidak terkecuali para guru dari daerah Belait yang telah mencurahkan khidmat mereka dengan cemerlang kepada anak didik mereka

Nurul Syahdina Alwani binti Anuar (penuntut SAB) telah dinugerahkan sebagai pelajar cemerlang di atas pencapaian beliau di dalam peperiksaan akhir tahun pada tahun lepas

Ustazah Rohani, Hjh.Noramalina & Rosmahwati adalah antara ahli jawatankuasa yang dilantik


Penuntut-penuntut SAB ditugaskan menyanyikan nasyid ( Marhaban ) semasa ketibaan Tetamu Kehormat Majlis
Mereka juga berpeluang membuat persembahan Tausyeh yang berjudul ( Astaghfirullah ) di hadapan para hadiran & seterusnya membuktikan yang mereka mempunyai kebolehan
Dk.Radhiyah Adibah & Saizatul Natasya merupakan vokal utama di dalam persembahan tersebut


Wah... bukan main asyik lagi mereka bermain
Pengarah Urusan Brunei LNG Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin menyampaikan cenderahati kenangan kepada Tetamu Kehormat Majlis
Tahniah kepada Nurul Syahdina Alwani binti Anuar & kumpulan Tausyeh perempuan SAB kerana telah berjaya menonjolkan kebolehan SAB


Thursday, May 13, 2010

Projek Sains

Hari : Sabtu
Tarikh : 24 April 2010
Jam : 2.00 petang

Penuntut Tahun 6 mengisi aktiviti ECA mereka dengan projek sains iaitu membuat poster yang berkonsepkan ( Save The Earth )

Seperti biasa kerjasama di dalam kumpulan amat berguna bagi melahirkan kreativiti yang tidak diduga



Inilah hasil karya mereka disepanjang aktiviti berjalan & seterusnya sesi penghakiman

Inilah kumpulan yang mendapat tempat pertama iaitu ( Fatin, Haziqah, Afiqah & Hjh.Fify )
Tempat kedua ( Noramanina,Syahirah, Khadijah & Saizatul )
Tempat ketiga (Firdaus, Amir & Amanzul )
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya
Sila klik Di sini untuk gambar seterusnya

Friday, April 30, 2010

Projek Bahasa Melayu

Hari : Sabtu
Tarikh : 24 April 2010
Jam : 2.00 petang
ECA pada hari ini diteruskan dengan projek Bahasa Melayu iaitu aktiviti membuat bingkai gambar & kad ucapan. Sasaran bagi aktiviti ini ialah para penuntut Tahun 5 sahaja

Tengok tu.... penuntut-penuntut sedang giat melakarkan kreativiti mereka masing-masing

Inilah hasil daripada projek tersebut.... bingkai gambar yang sudah siap terus diperagakan sendiri oleh mereka Posing habis ni.....


Muhassanah, bukan main malu bila berhadapan dengan kamera
Tempat pertama dalam projek ini diraih oleh Mohammad Jasrin


Tempat kedua : Nurul Nadhirah
Dan tempat ketiga : Faiqah
Klik
di sini untuk koleksi foto