Monday, April 19, 2010

Peraduan Syarahan Tafsir Al-Quran

Hari : Rabu
Tarikh : 07 April 2010
Venue : Mahad Islam Brunei

Berlangsung Peraduan Syarahan Tafsir Al-Quran bagi Sekolah-sekolah Arab bagi Tahun 2010. Mereka yang menjadi juara akan mewakili Sekolah-sekolah Arab di peringkat akhir bergabung dengan sekolah-sekolah Ugama
Siti Nur Khadijah yang mewakili Sekolah Arab Belait meraih sebagai naib juara bagi kategori perempuan

Penuntut-penuntut tahun 5 turut serta menyaksikan peraduan tersebut bagi mendidik mereka cara-cara menyampaikan syarahan dengan betul dan berani. Manalah tau kan boleh mewakili SAB pada tahun depan....

Kehadiran para penuntut dan rakan-rakan memeriahkan lagi suasana di pagi tersebut


Guru-guru pengawas menunggu giliran anak didik mereka dengan tenang

inilah aksi mereka semasa menyampaikan syarahan masing-masing......boleh dikatakan semua peserta mempunyai power tersendiri

Bahagian lelaki di juarai oleh : Sekolah Persediaan Arab Jerudong, Naib Juara : Mahad Islam Brunei & tempat ketiga : Sekolah Persediaan Arab Temburong

Bagi kategori perempuan pula, Juara disandang oleh SUAMPRIPAD, Naib juara : Sekolah Arab Belait & tempat ketiga : Sekolah Persediaan Arab BSB


Tahniah kepada semua peserta, dan yang kurang berjaya diharap janganlah hendaknya berputus asa, jadikanlah ia sebagai alat pengukur untuk meningkatkan kemahiran diri di masa akan datang.
Klik di sini untuk ke Galeri Foto

Sunday, April 11, 2010

Projek English

Hari : Sabtu
Tarikh : 10 April 2010
SAB telah menjalankan aktiviti ECA dengan peraduan membuat Poster promosi kempen anti merokok bagi penuntut Tahun 6 secara berkumpulan & peraduan mewarna bagi penuntut Tahun 5

Apa yang penting di dalam peraduan ini ialah kerjasama berpasukan di antara penuntut dan mencurahkan kreativiti masing2


Penuntut Tahun 5 sedang berusaha mewarna template lukisan Anti Merokok


Inilah hasil yang ditunjukkan oleh penuntut2 Tahun 5, memang berbakat durang ani...


Mohammad Rahmat menjadi juara peraduan mewarna bagi Tahun 5
Nurafiqah menyandang di tempat kedua

Dan Nuralifah di tempat ketiga
Nasyriah, Eve, Akilah & Qadirah menjuarai peraduan membuat Poster kempen Anti Merokok
Radhiah, Khadijah, Nuratikah & Hjh.Fify di tempat kedua
Mohammad Habree, Firdaus, Hazwan & Muaz di tempat ketiga
Aktiviti seperti ini akan dijalankan dari masa ke semasa dan mengikut jadual yang telah dirancang InsyaAllah......
Klik di sini untuk koleksi gambar

Monday, March 15, 2010

Ujian Pengggal Pertama

Hari : Isnin
Tarikh : 08-15.03.2010
Hari ini adalah hari terakhir bagi penuntut2 SAB menjalani Ujian Penggal Pertama setelah hampir satu penggal menjalani aktiviti pembelajaran

Apa yang penting segala ilmu yang telah dicurahkan oleh Guru2 mereka dapat dipraktikkan melalui kertas Ujian ini


Menjawab dengan tekun dan fahami setiap kehendak soalan

Bagi penuntut Tahun 5 pula inilah masanya untuk mereka menempatkan diri mereka

Klik di sini untuk gambar seterusnya

Thursday, March 11, 2010

Taklimat CPR & First Aid

Hari : Sabtu
Tarikh : 20 Februari 2010
Jam : 8.30 pagi - 4.00 petang
Telah berlangsung aktiviti taklimat CPR & First Aid bagi Guru2 SAB, sebahagian Guru2 Ugama Sg.Taring dan para penuntut. Taklimat ini adalah merupakan julung kalinya diadakan di sekolah ini.

Selesai sahaja taklimat para penuntut & Guru melihat sendiri demonstrasi cara2 pertolongan cemas yang betul di dalam apa jua situasi


Praktikal adalah salah satu cara yang berkesan bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan CPR & pertolongan cemas

Ustaz Roselyzan mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri
Memang boleh diaplikasikan nanti jika terjadi sesuatu insiden kemalangan yang berlaku di sekolah ini

Demonstrasi pembalutan lengan bagi kemalangan yang berkaitan dengan anggota tangan

Aktiviti diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala tunjuk ajar & demonstrasi yang berguna bagi warga SAB

Klik
di sini untuk gambar selanjutnya

Monday, February 15, 2010

Kursus CPR 2010

Hari : Selasa, Rabu & Khamis
Jam : 7.45 pagi - 4.30 ptg
Tempat : Pusat Resuskitasi Kebangsaan, Ong Sum Ping
Beberapa orang Guru yang mewakili Sekolah2 Arab & Ugama sedang mengikuti kursus CPR & pertolongan cemas bagi bekalan Guru2 jika berlaku sebarang kemalangan di sekolah

Ini adalah teknik balutan (Scarf Bandaging) bagi kecederaan ringan pada atas kepala



Ini pula teknik balutan (Stump Bandaging) bagi kecederaan pada kepala yang banyak mengeluarkan darah

Tibalah masa untuk praktikal pula...... kenalah buat betul2...

Teknik balutan ini dipanggil ( Eye Bandaging ) sesuai bagi kecederaan pada mata





Teknik ini dinamakan ikatan (Arm Sling) sesuai bagi kecederaan pada lengan & siku tangan


Ini pula teknik balutan yang dipanggil ( Spiral Bandaging ) bagi kecederaan pada lengan tangan


Teknik ikatan ini dinamakan ( Collar & Cuff ) sesuai digunakan bagi kecederaan terkena benda tajam yang tertusuk pada tangan atau kecederaan pada tapak tangan


This is our SIFU (Pg.Abu Bakar)


Ini pula dipanggil (Lifting Technique) iaitu cara yang betul mengangkat pesakit yang pengsan atau tidak dapat berjalan sendiri


Tengok tu..... orang perempuan pun boleh buat.... Apa yang penting asasnya adalah betul


Dan ini adalah satu lagi (Lifting Technique) yang dilakukan secara beramai2 bagi memindahkan pesakit menggunakan selimut ataupun kain

Semoga dengan adanya kursus ini akan dapat memberikan manfaat kepada Guru bagi menghadapi apa jua kemalangan khasnya di sekolah dan orang awam amnya

Klik di sini untuk gambar seterusnya