Monday, October 27, 2008

Hari Usrah Pejabat Ugama Daerah Belait

YB Menteri Hal Ehwal Ugama menyaksikan pameran ICT yang di anjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Belait
Bekas guru SAB yang di amanahkan mengawasi pameran tersebut
Sebahagian daripada tetamu yang hadir pada majlis tersebut yang di adakan di Dewan Santap Kuala Belait
Turut hadir bersama ialah Guru Besar dan Pegawai-pegawai pengiring
Persembahan Tausyeh dari murid Sekolah Arab BelaitBergambar ramai bersama Guru Besar, Guru-guru serta murid-murid sebelum acara dijalankan

Friday, October 24, 2008

Pameran Hari Guru (Hari Ke-5)

Rabu 22 Oktober 2008, Hari ini adalah merupakan giliran SAB bagi menjaga bahan pameran Hari Guru yang masih berlangsung di ICC Berakas.
Kehadiran para pengunjung di hari tersebut sungguh di luar jangkaan, dimana ramai pengunjung yang hadir adalah merupakan para penuntut sekolah samada Kerajaan mahupun Swasta.

Sebahagian penuntut ingin mencuba sendiri perisian pengajaran Bahasa Arab yang dipamerkan

Penuntut sekolah menengah pun berminat untuk belajar Bahasa Arab ??
Cuba dek... jangan malu2

Para pengunjung yang berkesudian mencuba perisian pengajaran Bahasa Arab juga diberikan cenderahati kenangan sebagai tanda ucapan terima kasih. Shukran Jazilan diucapkan kepada Ustazah Norzainah yang telah menyumbangkan cenderahati disepanjang pameran tersebut.

Inilah Guru SAB (Sir Isfardi & Ustaz Roselyzan) yang diamanahkan untuk menjaga pameran di hari tersebut
Pameran daripada gabungan 3 buah Sekolah Persediaan Arab juga dapat menarik perhatian daripada golongan kanak2 berbilang bangsa

Tengoklah sendiri... kenapa ? Tak Percaya..?

Tak mustahil suatu hari nanti ada orang putih yang berminat untuk belajar di sekolah Arab kan..
Teacher Masniah pun mengambil kesempatan mengunjungi di pameran tersebut

Pameran Hari Guru (Hari Ke-2)

Pameran Hari Guru di hari kedua tetap mendapat sambutan daripada orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat pameran yang sedang dijalankan sejak semalam.

(Kiri) Ustazah Norzainah, ketua unit Sekolah Arab memberikan tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang berkesempatan berkunjung bersama-sama keluarga mereka tentang penggunaan perisian pembelajaran Bahasa Arab secara interaktif untuk semua peringkat.

Penggunaan ICT di dalam pembelajaran dapat menarik minat kanak2 Melihat kemahiran pengunjung mengingati perkataan Bahasa Arab & melakukan latihan sebagai alat pengukuran
Orang ramai juga memberikan sokongan terhadap kemudahan penggunaan perisian pembelajaran Bahasa Arab kepada anak2 mereka
Bangsa lain juga tertarik dengan perisian pengajaran Bahasa Arab yang dipamerkan di hari tersebut

Semoga pameran ini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dengan keadaan yang lebih selesa dan teratur.

Sunday, October 19, 2008

Salam Mesir 2

Inilah gambar terbaru yang telah dikirimkan oleh Ustazah Hjh.Noramalina dari Mesir pada hari ini 19 Oktober 2008 sebagai penawar rindu bagi mereka yang merindui beliau
Ustazah Hjh.Noramalina bersama keluarga tercinta sedang berziarah ke Iskandariah (Alexanderia)
Bersama beberapa orang penuntut Brunei yang belajar di Mesir
Di bawah pohon kurma di suatu tempat yang dipanggil (Muntazah)
Bersama anak tercinta
Bersama rakan yang menuntut di kelas yang sama

Bergambar di salah satu keajaiban dunia (Pyramid)

Berhari Raya bersama penuntut2 Brunei di Mesir
Berhari Raya di salah sebuah rumah Embassy Brunei di Mesir


Saturday, October 18, 2008

Kemeriahan Sambutan Hari Guru Ke-18

Sabtu 18 Oktober, Sambutan Hari Guru telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa dengan meriahnya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sedang menyaksikan pameran setelah selesai Majlis Penganugerahan Hari Guru


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota diberikan penerangan di dalam pameran tersebut
Turut sama menghadirkan diri di majlis tersebut Cikgu Md.Isfardi & Ustaz Hayrol Irwandy

GB SAB Ustazah Rohani bersama Ustazah Jamilah & Siti Faridah yang merupakan bekas tenaga pengajar di SAB suatu ketika dahulu
Ustaz Hayrol Irwandy bersama dua orang Guru dari SPA BSB yang telah diamanahkan untuk menjaga pameran alat bantu mengajar daripada gabungan 3 buah sekolah Persediaan Arab di hari tersebut
Cikgu Husny adalah merupakan orang yang bertanggungjawab melibatkan sekolah Persediaan Arab di dalam pameran tersebut

Ustaz Hainney, Hayrol Irwandy, Ustazah Rohani bersama cikgu Noraini yang merupakan seorang lagi bekas guru Bahasa Melayu yang pernah menyumbangkan tenaganya di SAB
Hari Guru juga adalah hari bagi guru2 bersua muka & berjumpa dengan kawan2 lama.
Bergambar dengan beberapa orang guru yang pernah menjalani (Latihan Mengajar) di SM.Sufri Bolkiah Tutong pada tahun ini & yang sedang berkhidmat di sana pada ketika ini

Inilah Intake Ustaz Hainney sejak dari Persediaan 1 pada tahun 1985. Hjh.Kamariah (classmate) & Sarinah
Bergambar lagi... jarang2 berjumpa...
Salah seorang lagi kenalan ...Inilah Alat Bantu Mengajar yang dipamerkan oleh 3 buah sekolah persediaan Arab di pameran tersebut
Penggunaan ICT juga tidak terkecuali sesuai dengan peredaran zaman
Bahan pameran Sekolah Persediaan Arab Jerudong, Belait & BSB
Bagi penuntut2 dan mereka yang ingin melawat ke pameran Hari Guru tesebut, ianya dibukakan selama 6 hari dan akan berakhir pada 23 Oktober ini, Mulai jam 9 pagi hingga 4 petang

Detik-detik Peperiksaan Akhir Tahun

Isnin, 13 Oktober bermulanya Peperiksaan Akhir Tahun bagi penuntut I'dadi 1 yang akan berakhir pada 22 Oktober ini.

Memahami arahan soalan dengan teliti sebelum menjawab kesemua soalan yang diberikan

Menjawab soalan dengan penuh tekun & ketenangan



Ai... ada soalan yang melucukan ke Nabilah....??


Hafizah sedang menumpukan perhatiannya sampai hendak berkedut dahi

Alifah sedang memeriksa & menyemak semula jawapan yang diberikan adalah merupakan satu tindakan bijak