Monday, June 22, 2009

Taklimat H1N1

Hari : Rabu
Tarikh : 20 Mei 2009
Jam : 8.30 Pagi
Lokasi : Bilik ICT SAB
Penuntut2 SAB diberikan taklimat mengenai dengan bahaya wabak H1N1 yang melanda dunia pada ketika ini. Isi taklimat ini termasuklah definisi H1N1, bagaimana ia merebak, cara2 untuk menghindari daripada jangkitan, langkah2 yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan & kerajaan Brunei dan isu2 semasa H1N1

Para penuntut menumpukan perhatian terhadap taklimat yang disampaikan


Semoga dengan adanya taklimat ini akan dapat memberikan para Guru dan penuntut2 info yang berguna mengenai dengan bahaya penyakit H1N1, lebih2 lagi apabila menjelangnya musim cuti persekolahan penggal ke-2 nanti dimana kebanyakkan ibubapa selalunya akan membawa anak2 mereka makan angin di luar negara yang akan mendedahkan mereka kepada bahaya wabak ini

Thursday, June 18, 2009

Lawatan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama

Hari : Rabu
Tarikh : 17 Jun 2009
Jam : 9.20 Pagi
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman telah membuat lawatan ke Sekolah Arab Belait & Sekolah Ugama Sungai Taring.
Acara di pagi itu dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai hal ehwal sekolah masing-masing

Yang Mulia Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman meninjau keadaan dewan sekolah dan melihat sendiri keadaan dan isu-isu yang berbangkit mengenai kerosakan bangunan

Yang Mulia Setiausaha Tetap KHEU juga berkesempatan meninjau Bilik Pentadbiran, Bilik Guru & Bilik Guru Besar Sekolah Arab Belait Beliau juga sempat bersua muka dengan beberapa orang penuntut SAB yang kebetulan menjalankan latihan tahlil bagi pertandingan yang akan berlangsung pada bulan Julai ini

Semoga dengan adanya kunjungan ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada warga Sekolah Arab Belait di masa akan datang..Amin..

Monday, June 15, 2009

Walkaton Amal Bertaja Anjuran Pejabat Ugama Daerah Belait

Pada Hari Ahad 14hb June 2009, telah berlangsung acara walkaton di padang KBRC Kuala Belait.

Tetamu kehormat ialah bekas pengetua Ma'had Islam Brunei sekitar tahun 90an dan sekarang sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pg Hj Bahrom bin Pg Hj Bahar

Inilah suasana yang sempat dirakamkan
Puteri-puteri SAB bersama guru besar


Pemuda-pemuda SAB (Syababul Islam)


Warming up

Bergambar ramai

Persembahan Tarik Kalat


Rahim kan kemana tu? Jangan membuyuk ani. Sana laluan bini-bini tu....


Ini adalah wajah suami kepada Ustazah Hjh Noramalina guru Sekolah Arab Belait yang turut hadir bagi memeriahkan suasana walkaton


Ustazah Norahati juga turut hadir


Silaukan Ustaz Hayrol?

Hari Terakhir Penggal Persekolahan Yang Ke-2

Projek Menanam Pohon Buah Betik



Pada Hari Sabtu 13hb June 2009, Sekolah Arab Belait telahpun mengadakan projek menanam pohon buah betik bagi mengisi aktiviti penutup penggal persekolahan yang kedua.

Antara yang sempat dirakamkan semasa projek menanam pohon buah betik @Papaya


Pada hari tersebut diselajurkan sambutan Hari Lahir yang Ke-35 tahun secara "SURPRISE" buat Ustaz Hainney yang diungkayahkan oleh Penuntut Tahun 6 Azka.
Wah senyum lebar Ustaz Hainney sambil tayang gigi...hehe...