Sunday, May 10, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG BLNG 2008

Rabu 06 Mei 2009,
Jam : 9.00 Pagi,
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah Lumut
Telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-pelajar Cemerlang bagi Mukim Liang Lumut yang telah dianjurkan oleh Brunei LNG Sdn Bhd. Ini adalah merupakan projek tahunan Persatuan Mukim Liang Lumut (MLL)/BLNG yang terdiri semua institusi sekolah, Mukim dan kampong yang berada di kawasan Liang & Lumut.
(Gambar Bawah) Pemangku Guru Besar & beberapa orang Guru2 SAB turut menyumbangkan tenaga di dalam sama2 menjayakan Majlis tersebut

SAB juga turut serta membuat pameran yang berbentuk perisian interaktif Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab yang dapat menarik minat kanak2 dan orang awam untuk mempelajarinya

(Tengah) Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Momin (Pegawai Daerah Belait). (Kiri) Yang Mulia Awang Haji Salleh Bostaman Haji Zainal Abidin (Pengarah Urusan Brunei LNG)
Antara yang hadir Penghulu & Ketua kampong Mukim Liang Lumut

(Kanan) Ustaz Raduan bin Jamil (Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait) yang juga merupakan antara jemputan yang hadir
(Bawah) Ustazah Dk.Hjh.Masniah binti Pg.Hussin (Pemangku GB SAB) turut sama menceriakan majlis

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah & Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Ustaz Rahimi bin Hj.Timbang (Guru SAB)


Kemudian ucapan Pengerusi Majlis Yang Mulia Awang Haji Adenin bin Hj.Hamdan (Pemangku Pengetua SMPAPHRSB, Lumut) dan disusuli dengan ucapan Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Momin (Pegawai Daerah Belait).


Antara pelajar yang dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang di hari tersebut bekas penuntut2 SAB yang telah mendapat 5A di dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada tahun lepas, iaitu Awang Mohammad Noor Hearlddey bin Mohammad Helmy



Dayang Nuurin Kaamilah binti Ismail


Dayang Fatin Farzana Qistina binti Zaini

Dayang Nur Amanina binti Awang Mohamad adalah merupakan salah seorang penuntut SAB pada ketika ini yang juga telah menerima hadiah pelajar cemerlang ketika beliau menuntut di Sekolah Ugama Sungai Tali tahun lepas dengan mendapat keseluruhan markah 98%.
Hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mahri bin Haji Matahir (Pengurus Hal-Ehwal Korporat Brunei LNG)


Awang Mu,az bin Hj.Ibrahim juga merupakan salah seorang penuntut SAB yang telah mendapat markah keseluruhan markah 99% semasa menuntut di Sekolah Ugama Sungai Tali Lumut


Persembahan dari Sekolah Chung Lian Sungai Liang yang mempersembahkan Tarian Nyiru

Persembahan Puisi 5 bahasa dimana SAB telah menghantar seorang penuntut iaitu ( Dayang Siti Nur Khadijah binti Abu Samah) bagi menyampaikan Puisi berbahasa Arab. Puisi 5 bahasa terdiri daripada bahasa Melayu, Arab, Dusun, Iban & Cina. Memang menarik perhatian para hadirin memandangkan banyak bahasa2 ini jarang didengar




DK.Hjh Masniah memberikan penerangan mengenai galeri pameran SAB kepada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Momin (Pegawai Daerah Belait) dan Yang Mulia Awang Haji Salleh Bostaman Haji Zainal Abidin (Pengarah Urusan Brunei LNG)

Ustaz Isfardi turut membantu memberikan penerangan


Ustaz Raduan bin Jamil (Pegawai Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait) turut mengambil kesempatan ini untuk mengenali lebih dekat para guru2 SAB


Bergambar kenangan dengan bekas penuntut SAB yang telah menerima hadiah pelajar cemerlang 2008

Bergambar ramai dengan Tetamu kehormat & Wakil Brunei LNG

(Fatin Farzana Qistina) pada masa ini sedang menuntut di Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah, (Nuurin Kaamilah) menuntut di SUAMPRIPAD, (Mohammad Noor Hearlddey) menuntut di Sekolah Menengah Saidina Ali Mumong

Bergambar dengan ibubapa yang turut sama memberikan sokongan kepada anak2 mereka

Inilah Piala yang telah diberikan kepada pelajar2 cemerlang berserta cenderamata berupa 1 set pen & sijil kepujian

Semoga aktiviti berkebajikan ini akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memotivasikan para pelajar untuk berlajar bersungguh2 demi masa depan yang gemilang

Saturday, May 9, 2009

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran

Bergambar ramai di hadapan bangunan KUPUSB bagi Pengetua dan Guru-Guru Besar Sekolah Ugama /Arab yang mengikuti Kursus Sijil Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Islam yang bermula pada 2hb. Februari hingga 30hb. Mei 2009M. Diharap dengan adanya kursus ini akan dapat menambah lagi pegetahuan guru-guru besar dan seterusnya dapat mempertingkatkan lagi prestasi pentadbiran & pengurusan sekolah masing-masing.

Barisan hadapan ( Cg. Hjh. Normah, Cg. Norhalina, Cg. Nooralifah, Cg. Hjh. Doriani, Ustazah Hjh. Fatimah, Ustazah Rohani (Gb. SAB), Cg. Malati, Gg. Mariam )

Barisan belakang ( Gg. Hjh. Zuraidah, Cg. Hjh. Apah. Ustazah Hjh. Hamdiah, Cg. Hj. Johar, Ustaz Abdullah, Cg. Hjh. Siti Rasidah, Cg. Mariah, Ustazah Hjh. Haryati )


Wednesday, May 6, 2009

Kunjungan Unit Kesihatan Sekolah

Selasa 28 April, Jam 8.10 pagi : Bahagian Unit Kesihatan Sekolah telah berkunjung ke SAB bagi membuat pemeriksaan ke atas para penuntut bagi memastikan tahap kesihatan mereka

Ustazah Norahati turut memberikan kerjasama bagi melicinkan lagi pemeriksaan di hari tersebut


(Adriana) berapa tah ketinggian ku ?

Ada pula sebahagian penuntut di dapati menghadapi masalah penglihatan sehingga ada sebilangannya terpaksa disuruh membuat pemeriksaan lanjut keesokan harinya di Rumah Sakit
Kenalah pakai kacamata nampak gayanya.......


Ini pula para penuntut Tahun 5 yang telah dikategorikan sebagai (OBES)

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA & GURU SEKOLAH ARAB BELAIT BAGI TAHUN 2009/2010


PENASIHAT
Rohani binti Hj.Moksin

YANG DIPERTUA
Zaidi bin Hj.Dollah

NAIB YANG DIPERTUA
Hainney bin Hj.Hamidon

SETIAUSAHA
Dk.Hjh.Masniah binti Pg.Hussin

NAIB SETIAUSAHA
Hj.Ibrahim bin Hj.Mat Daud

BENDAHARI
Rosmahwati binti Hj.Murah

SENARAI AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
Mohammad Fadillah bin Abdullah
Abdullah bin Nawi
Hjh.Rosidah binti Hj.Salman
Hjh.Fatimah binti Mat Yusop

SENARAI AHLI JAWATANKUASA (GURU)
Rahimi bin Hj.Timbang
Hayrol Irwandy bin Hj.Ahmad
Hj.Mohd Roselyzan bin Hj.Sipin
Norahati binti Hj.Tongkat

JURUAUDIT DALAMAN
Rumaizah Hj.Nurdin
Mohammad Isfardi bin Hj.Mohammad Ja’afar

BIRO KEGIATAN AKTIVITI
Ismail bin Ali
Masdinah binti Hj.Shahbudin

BIRO KESIHATAN
Khalid bin Majid
Milazita binti Hj.Leman

BIRO KECERIAAN & KEBERSIHAN
Sutiran bin Katomi
Bidah binti Sulaiman