Thursday, April 30, 2009

Lantikan PIBG bagi tahun 2009/2010

Sabtu 25 April 2009, jam 2.20 petang, bertempat di Dewan Besar SAB : telah berlangsung perlantikan Persatuan IbuBapa & Guru bagi tahun 2009/2010.
Ustaz Mohammad Isfardi memberikan ucapan alu-aluan kepada ibubapa & penjaga penuntut yang hadir di hari tersebut, seterusnya pembubaran AJK PIBG pada tahun lepas.

Ustazah Norahati & Rosmahwati memastikan para ibubapa yang hadir mendaftarkan nama mereka

Sebahagian para ibubapa & penjaga turut hadir bagi memberikan sokongan kepada pihak sekolah

Kaum ibu juga tidak mahu ketinggalan menghadiri majlis perlantikan PIBG di hari tersebut
Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibubapa & penjaga penuntut di atas kehadiran mereka. Semoga dengan adanya AJK PIBG ini akan dapat menyelesaikan parkara2 atau masalah yang selama ini tidak terjawab.

Monday, April 6, 2009

Menandatangani Rekod Kemajuan Penuntut Bagi Ujian Penggal Pertama

Sabtu 04 April 2009, Jam 2.00 petang, bertempat di Bilik ICT SAB : telah berlangsung aktiviti menandatangani rekod kemajuan penuntut Tahun 6 Azka bagi Ujian Penggal Pertama yang baru sahaja dijalankan pada pertengahan bulan lepas.
Antara tujuan aktiviti di hari tersebut juga ialah untuk bersua muka dengan ibubapa atau penjaga penuntut bagi membincangkan perkara yang berhubung dengan pencapaian akademik penuntut

Para Guru matapelajaran bersiap sedia untuk berbincang dengan ibubapa dan bertukar2 buah fikiran bagaimana cara untuk meningkatkan pencapaian penuntut di dalam pembelajaran mereka

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibubapa & penjaga penuntut yang telah berkesudian meluangkan masa untuk berbincang bersama2 bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi anak2 mereka
Penuntut perempuan & lelaki Tahun 6 Azka yang akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini
Antara aksi ibubapa di hari tersebut, ibubapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka mencapai kejayaan dengan cemerlang
Ada juga sebahagian ibubapa ingin tahu bagaimanakah keadaan atau karenah anak mereka semasa belajar di dalam kelas
Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa penuntut kerana telah memberikan sedikit sebanyak cadangan & saranan kepada guru2 bagi meningkatkan pencapaian akademik penuntut

Penggal Kedua Persekolahan

Isnin 30 Mac 2009, Bermulanya musim persekolahan Penggal Kedua. Sudah menjadi rutin SAB memulakan setiap musim persekolahan dengan membaca Surah Yaasin semoga mendapat keberkatan di dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran

AKtiviti disertai oleh Guru2 & para penuntut SAB Kepada semua Guru2 & Penuntut2 diucapkan selamat menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran . Semoga penggal ini akan menghasilkan sesuatu peningkatan yang lebih baik dari sudut pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum, Insya Allah.....

Saturday, April 4, 2009

Penutup Persekolahan Penggal Pertama

Khamis 19 Mac 2009, adalah merupakan hari terakhir persekolahan bagi Penggal Pertama dan aktiviti di hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin berserta Tahlil.
Ex-SAB mohammad Luqman turut menghadirkan diri untuk bersua dengan guru2 dan para penuntut SAB

Aktiviti diteruskan dengan kempen kebersihan bagi memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih sebelum bercuti
Para penuntut juga membawa beberapa makanan & minuman yang akan menjadi habuan mereka setelah penat lelah membersihkan kawasan sekolah

Terpancar keceriaan menjelang musim percutian yang akan tiba
Kerana terlalu banyak makanan yang dibawa maka terpaksalah pula ditapau untuk diagih2kan kepada para penuntut untuk dibawa pulang
Ini pula kek Harijadi penuntut yang kebetulan jatuh pada hari tersebut, sempatlah celebrate beramai2. Nice cake isn't it.....?
(Kiri) Happy Birthday Nuramanina.....
And Happy Birthday 2 Qamarul Azizi too..........
Apa hal pula dengan Saizatul ni...? Kalau lapar pun janganlah makan cawan, he..he...
" Lapas makan jangan lupa cuci pinggan mangkuk & bersihkan meja sebelum balik, mendangar.........." Pemangku GB beraksi
Nurin JAzlina dengan aksi mencuci piringnya." Lakas cuci jangan banyak cakap, inda kitani balik karang..."
Inda apa Nurin, ani adalah salah satu latihan bagi kamu sebelum menghadapi pengalaman tinggal di asrama nanti
Kepada semua penuntut diucapkan selamat bercuti dan harap bersabar menunggu Result Ujian Penggal Pertama